Wednesday, March 29, 2017

Kenapa tidak Iran?




backpacking ke Iran selama 9 hari :


Ketika entri neh ditulis, aku baru pulang dari trip ke Iran. Masih terasa keletihan berbaki di tubuh, namun tetap ku gigihkan diri ini untuk menaip untuk kalian...amboii amboii ambooiiii...

Tiket untuk ke Iran aku beli pada bulan september tahun lepas. Time nak beli pon dah macam-macam drama yang berlaku sebenarnya. Plan asal aku dan suami sebenarnya adalah untuk ke Jepun kerana dah 2 tahun asyik hold saja plan ke Jepun. Tapi al-kisah malangnya ketika dok check harga tiket ke Jepun time tuh harga memang mahal nak mamppppp##.. dalam proses memeriksa harga tiket ke sana dan ke sini tetiba tersemak harga tiket ke Iran memang dalam bajet kami.

Aku proceed dengan bagitau Arie cadangan untuk book tiket ke Iran, apalagi bising lah pakcik sorang tuh,

PASAIPA HANG NAK P IRAN? 
PASAIPA IRAN? 
TAKDAK NEGARA LAIN DAH KA? 
HANG TAK TAU KA IRAN TUH blablablalblalbla ( censor ).

Bini neh kira dok sabaq ja bila suami dok hamboq keluaq semua. Aku pon mula lah google tentang trip backpacking ke Iran adakah selamat dan sebagainya. Pastu aku plak hamboq p ceramah dekat encik suami...

NAK TAKUT PA? 
KALAU NAK MATI DALAM TIDOQ PON BLEH MATI. 
DEPA P OK JA.
 SIAP DOK REVIEW KATA ANTARA NEGARA PALING SELAMAT DI DUNIA
JANGAN DOK PERCAYA SANGAT TV KATA PA. NAK TAU BETOI KA TAK P LA TENGOK SENDIRI...blablblalblala

....hahahaha...

Pastu aku siap post lah segala link dengan harapan suami akan mendapat segala keinsafan di dunia setelah menghamboq isteri tak tentu hala.

well. the rest was history.

two tickets booked that day and we are preparing for our journey to Iran.

Berbulan kami plan untuk trip kali ini. Tak banyak rujukan berbahasa melayu yang boleh diperolehi di google. nampak sangat rakyat Malaysia cukup takut untuk ke sana. Aku sempat mengajak rakan-rakan aku untuk join trip kami tapi malangnya semua terkejut bila mengetahui yang kami akan ke Iran.

PASAIPA IRAN?
HANG SYIAH KA?
HANG DAESHH KA?
ISIS KA?

tak kurang jugak yang menunjukkan rasa concern tentang keselamatan kami di sana nanti.

TAK TAKUT KENA TEMBAK KA?
KAWASAN PERANG KAT SANA.
HANG TAK PAYAH P LA....

dan macam-macam lagi. Ya aku paham kenapa semua persoalan-persoalan yang macam ini timbul dari rakan-rakan sebab aku sendiri pernah ada stigma macam tuh dulu. Tapi bila aku sendiri banyakkan membaca dari forum-forum traveller, cari info sana sini, tanya orang itu dan ini sebenarnya makin tak sabar pulak aku nak kesana. Aku nak tengok sendiri adakah segala stigma negatif neh memang betul seperti yang orang lain katakan.

tak kenal maka tak cinta.

kali ini: KENAPA TIDAK IRAN.