Sunday, March 12, 2017

Bali in Love-Day 5 Hari Raya

salam aidiladha dari perantauan, ini bukanlah kali pertama aku beraya jauh dari keluarga. masih segar di ingatan ketika mengajar di Kuala Rompin dulu; aku tak pulang beraya kerana cuti yang tak seberapa hari. Duduklah di rumah sewa berhiba-hiba air mata di pagi raya apabila mendengar takbir raya di telebesen. Mujurlah ketika itu ada para pelajar yang ingat cikgu keseorangan lalu datanglah mereka berduyun-duyun satu kelas membawa segala makanan raya berpiknik bagai dirumah sewa guru. hahahahaha...itu semua kenangan.

Eka Karya Botanic Garden

entrance fee: 9000 idr
parking fee : 3000 idr
Pepagi buta selepas sarapan kami bergerak ke Eka Karya Botanic Garden, tak lah jauh perjalanan seperti semalam ke Jemeluk Viewpoint. Perjalanan ke Eka Karya Botanic Garden lebih santai dan selesa kerana menuju ke kawasan tanah tinggi, cuaca lebih cool. Di Eka Karya Botanic Garden neh cuma kawasan taman yang sangat besar. Boleh mencuci cuci dosa mata melihat pokok-pokok yang gagah berdiri di sini. Ada pokok-pokok bunga, pelbagai jenis tanaman herba dan hiasan. Hari neh kan hari raya aidiladha, selalunya kita di Malaysia bila raya sudah pasti kita akan melawat saudara mara dan rakan taulan. Tapi agak lain disini kerana ramai warga Bali yang beragama islam dan bukan islam mengambil kesempatan cuti raya ini untuk bergi berpiknik di Eka Karya Botanic Garden. Sampai jammed lah jalan.



when makcik-makcik pose for pics


Danau Bratan

parking fee: 2000 idr
Entrance fee: 20 000 idr

Dari Eka Karya kami meneruskan perjalanan ke Danau Bratan, tak jauh mana pon dari Eka Karya.  malas nak taip banyak, jum tengok gambar jea boleh?





lepas habis melawat Danau Bratan kami sempat singgah di masjid Hidayah yang berada berhadapan dengan kawasan Pura Ulun Danau Bratan. Dari kawasan masjid yang terletak di atas bukit, dapat dilihat dengan jelas kawasan tasik yang luas terbentang. 

Lewat petang kami pergi ke Bali Pulina. Apakebendanya Bali Pulina neh? Yaa adik-adik kakak-kakak, Bali Pulina adalah ladang kopi. Tapi kalau ladang kopi yang lain di Bali neh kebanyakkannya percuma, Bali Pulina tak percuma ya. 100 000 idr per kepala untuk masuk ke sini. Bezanya bila hangpa p sini dapatla merasa 8 jenis kopi neh + kopi luwak atau green tea + pisang goreng atau maruku. haaa pilih nak makan apa...terasa lah jugak mencekik darah disini kerana kalau hangpa neh memang pelancong asing orang putih ka, negro ka tak pulak depa kenakan charge 100 000 neh sebab dengan harapan mereka-mereka yang datang dari negara kaya-raya dapatlah menabur duit membeli kopi disini setelah minum percuma. tidak adil sangat.

disebalik ketidakadilan di situ, wooden deck di Bali Pulina memang terbaik. Serius cantik. 




gambar pon gelap sebab dah nak maghrib