Sunday, March 5, 2017

Bali in Love-Day 4

Hari ke empat di Bali antara hari paling jauh perjalanan yang kami tempuh. Pepagi buta kami terus bergerak untuk menuju ke Jemeluk Viewpoint di Karangasem. Hampir 3 jam perjalanan menaiki skuter membuatkan aku rentung.

Goa Laweh
Tempat pertama pit stop kami pada hari tersebut adalah di Goa Laweh, seperti biasa untuk memasuki mana-mana pura di Bali perlulah suci dari haid dan tidak mengandung bagi pengunjung wanita; manakala bagi lelaki perlulah memakai pakaian yang sesuai seperti bukan seluar pendek. Ketika kami tiba di sana, sedang dijalankan upacara sembahyang bagi penganut agama hindu. Kami tidak lama disini, sekadar mengambil gambar seni bina pura lalu kami meneruskan perjalanan.



al-kisah seorang orang putih yang mohon menolong untuk snap gambaq kami kemudian kami pulak diminta untuk menolong beliau untuk mengambil gambarnya. Tapi ya ampunnnn cerewet sangat... 



virgin Beach
Virgin Beach merupakan pantai yang cantik terdapat di Bali, agak tersembunyi dari pelancong asing membuatkan pantai ini masih tidak tercemar. Ketika kami tiba di sini, tak ramai yang berada di pantai, mungkin masih terlalu awal. Kami sekadar menikmati keindahan pantai lalu seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Jemeluk Viewpoint.

laluan turun ke pantai. dari kejauhan dah nampak cantiknya tuh








Jemeluk Viewpoint

Perjalanan diteruskan lagi, bukan main jauhnya...cuaca makin panas, muka dah memang sah rentung dengan teruknya. Hampir 45 minit perjalanan kami sampai ke kawasan perkampungan yang berdekatan dengan pantai.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA rambut tak menahannnn

tersangat cantik.even rentung pon ok