Sunday, March 5, 2017

Bali in Love- Day 3


Campuhan Ridge Walk
al-kisah hari ketiga pepagi buta kami dah ke Campuhan Ridge Walk. CRW merupakan kawasan bukit yang menjadi tempat jogging penduduk setempat dan merupakan tarikan instagrammer untuk mendapatkan shot-shot terbaik dari kawasan yang cantik ini. Kami neh yang memang terpengaruh dengan gambar-gambar cantik CRW di instagram bukan main semangat lagi nak kunjungi tempat neh.

Yang lucunya orang lain datang pakai pakaian sukan bagai untuk berjogging, yang aku plak datang sini muka penuh mekap dan berseluar jeans. so bila berselisih bahu dengan orang yang berjongging, aku pon pura-pura la berjongging dengan don't care walaupon pakai jeans. hahahaha..

air terjun Tegumana
Selepas itu kami bergerak ke air terjun Tegumana. Air terjun yang cantik dan perlu jalan jauh sedikit ke dalam kawasan hutan. Kami merupakan antara orang terawal yang sampai sini, so boleh la conquer kawasan dengan ambil gambar beratus shots. hahahaha. lepak dalam 45 minit terus kami gerak ke lokasi seterusnya.

nak cari air terjun pon misteri sangat laluannya

HAHAHAHAHAHAHAHAH rambbbbuttttt



masih putih...tunggu gambar yang esok lusanya...memang rentung. 



Satria Agro Wisata
Kalau ke Bali tapi tak pergi ke kebun-kebun kopi memang tak lengkaplah perjalanan kita di Bali. Untuk makluman semua di Bali terdapat banyak kebun-kebun kopi yang boleh dikunjungi. Dan yang paling istimewanya ialah kita boleh mencuba sebanyak mungkin kopi-kopi yang akan dihidangkan kepada pengunjung. Selepas itu nak beli serbuk kopi atau tidak adalah terpulang kepada kita. Benda percuma kan, siapa yang tak suka.

Di Satria Agro Wisata kami mencuba pelbagai jenis kopi, dan untuk pencinta kopi seperti aku inilah antara syurga dunia. kopi kopi kopi and more kopi. LoL. Tahu tak apa tuh Kopi Luwak? atau nama lainnya kopi tahi musang. Kopi yang termahal di dunia. Di Bali kita boleh mencuba kopi Luwak yang sememangnya speciality Bali. Dulu aku pernah mencuba ketika berkunjung ke sini bersama rakan-rakan dari SMK Super, rasanya macam kopi kampung sebenarnya. Kali ini giliran Arie pulak mencuba kopi Luwak. Untuk mencuba Kopi Luwak pengunjung perlu membayar 100 000 idr untuk setiap cawan, mana bisa percuma dong, lagi kan kopi termahal di dunia.


makcik tuh tengah goreng kopi. 
masih suci lagi muka...hahahaha



pelbagai jenis kopi free

Kopi Luwak
tadaaaaaa..pemalas musang neh..siang tido

inilah Musangnya. Tunggu dia berak, pastu bijik dari tahi tuh buat kopi. mahal beb





Lepas berjimba-jimba meminum kopi free kami teruskan perjalanan ke Kintamani. Sebenarnya kalau mengikut plan asal kami, kami nak tengok sunrise di Desa Pinggan. So hari neh kami plan untuk tengok route ke sana. Kami perlu tengok route jalan dulu kerana kalau okay lusa kami akan bergerak ke Desa Pinggan seawal jam 4 pagi.Tapi tak mudah sebenarnya kerana kondisi jalan yang sangat teruk. Dengan naik skuter cabuk rasanya tunggu masa ja untuk tercabut enjin. Kami masuk jauh keluar dari jalan utama. Perjalanan terasa.jauh, tiada rumah di kiri kanan jalan. Cuma batu batu dan batu lagi. Bila masuk ke satu kawasan perkampungan, orang kampung pandang kami bagaikan kami datang dari marikh. Seriously ini lebih mencabar dari time kami ke perkampungan melihat mayat tak ditanam dulu. Kami sesat! Akhirnya kami ambil keputusan untuk patah balik semula. Misi tak tercapai.

Dalam perjalanan yang penuh kesesatan yang nyata eh tetiba kami tiba di jalan besar Kintamani. So we stop by untuk makan tengahari dahulu. Panorama gunung berapi Batur memang sangat cantik dari atas neh.


Dalam kesesatan yang nyata. tak tahu dok mana hala 
HAHAHAHAHAHA....so make sure time sewa motor mintak topi yg ada visor



tengok semua orang berhenti ambik gambaq. kami pon bhenti jugak la...

View dari restoren atas Kintamani.