Sunday, March 5, 2017

Bali in Love- Day 2

asalamualaikum.

ini adalah sambungan dari entri yang sebelumnya...


Hari kedua kami di pulau dewata kami bangun awal untuk mencari motorsikal untuk disewa. Harga motor di kuta agak berpatutan kerana kita boleh menyewa sebiji motorsikal dengan harga 50,000 - 100,000 rupiah per hari bergantung kepada jenis motor.

Setelah berjaya mendapatkan sebiji motorsikal, kami pulang ke hotel untuk mengambil beg dan seterusnya check out. Kami perlu meneruskan perjalanan kami ke Ubud. Perjalanan ke Ubud terasa lama dengan cuaca panas pagi mencucuk-cucuk kulit. Lebih kurang sejam lebih kami tiba di Ubud. Di Ubud kami menyewa di sebuah homestay di kawasan perkampungan yang berdekatan dengan sawah padi. Pemandangan sawah padi MasyaAllah sangatlah cantik. sangat tenang untuk berada di sana.

Big Tree Bamboo Chocolate Farm
Setelah berkenalan dengan tuan rumah, kami membuat keputusan untuk pergi ke kilang coklat seperti yang telah kami rancangkan. Sebelum ke Indonesia, kami telah menghantar e-mail kepada wakil kilang coklat ini memaklumkan tentang kehadiran kami. Tujuan kami menghantar e-mail kepada kilang tersebut adalah untuk booking slot. Lebih murah harga entrance bila dah booking slot jika nak banding walk in terus pada hari kejadian. Malangnya kami terlepas pandang email terbaru dari pihak kilang yang mengatakan kilang tutup selama beberapa hari kerana cuti perayaan.


their e-mail if you interested to contact them: tours@bigtreefarms.com

Oleh kerana kami sudah tiba di sana, pihak kilang sangatlah berbaik hati untuk tidak menghampakan kami dan beberapa pelancong lain yang datang. Kami dibawa masuk melihat kawasan kilang coklat tersebut dan kami juga diberi sample coklat dan minuman coklat yang enak.

seriously coklat with sea salt tuh bapak sedap. tak tipu.

sebenarnya yang menarik minat aku dan suami untuk datang ke kilang neh adalah untuk melihat reka bentuk kilang terbabit. Di bahagian bawah adalah bahagian pemprosesan biji koko dan pembuatan coklat. Di tingkat 1 terdapat ruangan pejabat  dan yang paling menariknya tentang pejabat neh, everything made from bamboo beb. Meja ofis buat dari buluh, kerusi pon buluh, everything lah from buluh. sangat environmental friendly. Bagi tingkat dua pula terdapat satu ruangan kosong yang luas. Di sini kami mencuci mata dengan pemandangan yang super indah. Layan gambar je lah yea.







coklat free punya pasal. 20 kali aku ulang 
tangga yang cantik..



Balik dari kilang coklat kami terus ke Tegallalang. Dulu kalau datang ke Tegallalang memang sekadar duduk bertenggek di atas, malas yang sangat untuk turun ke kawasan sawah padi bukit tuh. Tapi kali ini dengan rajinnya kami turun ke bawah. Menyelusuri batas sawah bukit, memang cantik pemandangannya, ditambah pulak suasana lewat petang bersama angin sepoi-sepoi bahasa meniup pohon kelapa terasa bagaikan berada di kampung halaman nun di Baling sana.

Waktu turun ke bawah memang la seronok, tapi time nak panjat semula ke atas alahai seksanya.


omputeh mikir panjang nak turun ke tidak..kang time nak naik hazab sangat 

Tinggi. Letih manjat turun