Wednesday, October 12, 2016

Bali in Love-Day 1

asalamualaikum...

sebenarnya tiket trip backpacking aku dan suami dah lama ditempah pada bulan April lagi. Hari berganti hari, Minggu bertukar ganti, Bulan juga berlalu akhirnya sampailah hari yang dinanti-nanti. Persediaan untuk kesana dah kami settlekan lama sebelum bulan 9. Cuma hotel sahaja yang book lewat sikit kerana terlalu sibuk dengan hal-hal lain. konon...

Flight kami adalah pada sebelah malam di KLIA 2 pada jam 9.20 malam. So siangnya Khamis aku masih bekerja tau. Masih ke sekolah macam biasa. Petang tuh aku mohon untuk pulang awal sedekit kerana flight dari Penang ke KLIA 2 adalah pada jam 4.45pm. 

Kami sampai di KLIA 2 lewat petang tapi masih banyak jam berbaki sebelum flight seterusnya. Kami terus check in menanti di tempat yang sepatutnya. Ketika menanti flight, aku dan suami sempat berkenalan dengan seorang gadis muda. Nur.  Warga Indonesia dari wilayah Bima yang bekerja di Sungai Petani. Baik orangnya, peramah. Nur pulang ke kampung untuk bercuti selama tiga bulan, untuk ke Bima, Nur perlu ke transit di Bali dulu sebelum mengambil flight seterusnya pada hari esok. Nur belikan aku ais krim and milo ais. Serius terkejut sebenarnya sebab jarang jumpa strangers kat airport yang bersembang dalam lima minit dan dia boleh belanja makan pulak lepas tuh. 



Nur. A stranger who taught me about Random Act of kindness
Flight seperti biasa on time, kami tiba di airport Bali lebih kurang jam 11.30 malam. Selepas selesai urusan imegresen kami laju-laju keluar mencari teksi untuk ke hotel. Teksi di airport Bali pada waktu malam alahai sangat lah mahal. Airport ke Kuta sebenarnya tak lah jauh mana, tak sampai pon 10 minit drive kalau jalan tak macet dan sebagainya. Teksi malam mengenakan harga tetap 150 ribu rupiah per teksi untuk perjalanan malam ke Kuta tanpa meter. Mahal beb, kalau sebelah siang nak ke Kuta or airport naik blue teksi yang pakai meter baru dalam 25-40 ribu rupiah. 

Kami sampai ke hotel lewat tengah malam. Masuk bilik terus collapse. 

Mak Jemah on action. Still too early waiting for flight.