Tuesday, December 15, 2015

Wajah Tua

Sekarang musim ibu bapa mendaftarkan anak-anak ke sekolah baru terutamanya bagi pelajar yang bakal menaiki ke tingkatan 1. Aku menjaga sekolah untuk minggu ini, walaupun tak suka tapi tugas tetap kena laksana.
Ibu bapa datang silih berganti ke sekolah bertanya tentang kemasukan anak mereka ke sekolah ini. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya.
Terkadang sedih melihat wajah ibu bapa yang kecewa bila anak-anak mereka gagal ditempatkan di sekolah ini.
Bukan sekolah cemerlang apatah lagi sekolah kluster. Kami cuma sekolah kecil. Terlalu kecil. Kantin pon tiada.

:)