Monday, July 21, 2014

Vita C Sustained Release Face Mask


hello great ladies out there, today aku nak share sikit cara-cara macam mana nak buat masker dengan menggunakan vitamin c sustained release from Shaklee. Best tau sebab aku sendiri dah cuba kat umah. Masa aku buat tuh aku guna sebiji pil kongsi tiga orang, aku, adik aku dan mak aku. Haaa tengok dengan sebiji pil sahaja boleh pakai berapa banyak muka. Mak dan adik aku sendiri mengakui muka depa sememangnya jadi lembap dan lembut selepas pemakaian mask muka vita c untuk kali pertama. Jom kita tengok step by step how to make mask muka vita c by shaklee neh.




ok pertama sekali sebiji pil tuh sila lah potong kepada tiga bahagian seperti di atas, kita nak guna satu bahagian sahaja tau. Lagi dua bahagian tuh boleh simpan untuk pakai kemudian hari.


kedua, hancur dengan sudu hingga menjadi serbuk halus seperti di atas yea.



ketiga, masuk kan setimba air perigi, eh silap! masuk kan sesudu besar air sahaja, kacau dan biarkan serbuk tadi kembang dan cair.



keempat, bila dah dapat sebatian yang begini, bolehlah letakkan di muka dengan sapuan nipis ke atas kulit muka. Ingat tau ladies, jangan lupa cuci muka dahulu before apply mask muka neh.


Lastly, biarkan kering di muka selama 30 minit di muka. selepas 30 minit boleh la cuci muka dengan air bersih.Wahh now mesti lembut gila kan pipi korang semua. wajib cuba tau.



jom tengok kebaikan vita c sustained release untuk kulit kita:

kebaikan vita c sustained release


bagi yang nak dapatkan vita c sustained release, sila hubungi saya seperti di bawah:


Azmalinda Azai
ID 1159479
SMS/Whatsapp/WeChat/Telegram: 013-4664540
email: azmalindaazai@gmail.com



Sunday, July 20, 2014

Hari Ke Empat- Dari Yogja ke Pulau Dewata


Seawal jam 5 pagi kami dah mula bangun membuat persiapan diri, menyumbat segala barang yang dibeli di yogja masuk kedalam beg yang sekangkang kera tuh. Wah baru 4 hari di yogja beg dah berat berganda-ganda neh. Kami perlu bergerak ke airport seawal jam 6 pagi kerana flight ke bumi para dewata iaitu Bali akan berlepas sekitar jam 8.30 pagi.

Perjalanan flight yang memakan masa yang sedikit tidak membuatkan kami berasa kepenatan, sampai sahaja di Ngurah Rai Airport rindu bertaut semula kepada bumi Bali yang indah. Ya aku suka suasana pulau Bali yang aman. Walaupon sesak dengan pelancong luar, tradisi dan adat-adat orang tempatan tetap bertakhta utuh seiring dengan kemajuan industri perlancongan. Tiba di ruangan menunggu kelihatan nama ku Esmalinda ( hoii apasal eja salah neh ) terpampang kemas di sebuah board dipegang oleh pak Wayan. Tersengih-sengih pak Wayan menyambut kami sekumpulan yang baru tiba dari Yogjakarta. Peramah betul pak Wayan.

Menaiki Avanza yang bisa memuatkan 8 orang destinasi pertama kami tentulah ke tempat makan. Ya ampun lapar bangat. Bikin pusing. Kami dibawa ke sebuah kedai yang menawarkan sajian ayam betutu Bali. Takde gambar nak share sebab perut lapar tahap gaban so memang tak sempat nak ambil gambar. Amik gari google jela nak tunjuk camna rupa ayam betutu:

sedap sedap sedap
selepas kenyang makan kami terus bergerak ke hotel untuk beristirehat untuk seketika. Untuk di Bali kami menginap di Solaris Hotel. Actually untuk hotel neh aku tempah dengan harga yang sangatlah murah, harga asal adalah dua ratus lebih tapi time aku cari tuh ada tawaran di airasiago.com, aku mendapat harga RM 35.85 sen untuk semalam. Murah kottttt. Lokasi Solaris hotel bukan lah di jantung Kuta, tapi worth it la dengan harga tuh. Bila nak check in, dapat plak upgrade bilik secara percuma..




dari bilik bleh terjun terus ke dalam swimming pool hotel tau


Sudah bersantai-santai di hotel bak sejam dua, petangnya kami keluar dan plan utamanya adalah nak tengok kecak dance di Uluwatu. Tapi oleh keranan cuaca yang mendung dan bakal hujan tuh kami terpaksa ubah plan untuk menonton kecak dance indoor. 





secara overall aku sangat berpuas hati dengan persembahan di sini, tempat duduk sangatlah selesa nak banding dengan Uluwatu yang penuh sesak dengan orang. Dahla penuh sesak, dipaksa plak berhimpit-himpit penonton yang datang tuh. Disini tak perlu risau hujan panas sebab berbumbung lagipun ditambah dengan permainan cahaya pentas, persembahan jadi lebih dramatik. Antara part yang paling aku ingati adalah bila seorang penari tuh terasuk dan menelan bara-bara api yang bertebaran di lantai. tak rasa sakit ke...gerun plak kita penonton yang melihatnya. hehehe

Tamat je persembahan kami terus pulang ke hotel. Esok perjalanan jauh plak menanti kannn..

sedikit info untuk dikongsi:
kalau kita ke Bali, kita akan perasan ramai sangat lelaki Bali namanya Wayan. sana Wayan sini Wayan , atas Wayan, bawah pon Wayan. kenapa ya?

-anak pertama: Wayan, Putu, Gede, Ni Luh ( utk perempuan sahaja yg Ni Luh )
-anak kedua  : Made, Kadek, Nengah
-anak ketiga  : Nyoman, Komang
-anak keempat: Ketut

seandainya ada anak kelima, nama anak akan kembali kepada nama Wayan semula. so jangan terkejut ye kalau g Bali terjumpa ramai sangat pak Wayan nya. hehehe

untuk lebih info boleh cuba ke link neh: Wayan oh Wayan


Thursday, July 17, 2014

Kenali Jerawat Di Muka




omo omo omo! tak nak jerawat! tak nak jerawat!
Haaa terkejut kan bila bangun tidor then suluh muka kat cermin nampak jerawat beranak pinak dengan subur di pipi. Aku jugaklah salah seorang manusia yang tak pernah lepas dari masalah jerawat yang pelbagai neh. Kulit muka yang sensitif neh memang perlukan belaian yang terlebih-lebih, even bila pakai foundation muka yang terlalu lama jugak boleh menyebabkan kulit muka aku berjerawat. Apa kata hari neh kita cuba kenali cik jerawat yang bermaharajalela di wajah kita.

Dimana lokasi cik J anda?

cuba rujuk gambar diatas, Cik J aku sentiasa berada di lokasi 1 dan 2. Memang bertaburan lah di situ. So macam mana neh?

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Anda perlu kurangkan makanan segera dan berlemak. Anda perlu tingkatkan pengambilan air suam bagi memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Anda Tingkatkan pengambilan air suam.

6: Jantung – Anda perlu Jaga tekanan darah. pastikan anda mengurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3.

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein seperti kopi dan teh.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak kan bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, minum lebih air dan pastikan anda memakan lebih sayuran hijau.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.



haaa now lari depan cermin dan check dimana Miss J kita! so secara overall nya kita perlu lah melebihkan minum air kosong agar badan dapat lebih air. Kata nak cantik time pagi raya nanti kan. Jangan biarkan Miss J menghantui pagi raya anda..


Wednesday, July 16, 2014

Hari Ketiga di Kota Yogja part II- Ullen Sentalu, Kerajinan Kulit Manding dan Bakpia


Setelah kami bergerak keluar dari Kraton, kami bercadang untuk ke Candi Borobudur. Tapi hujan mula turun dengan lebat, mana mungkin dong mahu panjat Borobudur dalam hujan gini. So kami pun terpaksa skip plan dari Borobudur kami terus ke Ullen Sentelu yang terletak di Kaliurang. Terasa jauh perjalanan dari kota Yogja menuju ke Kaliurang, ditambah dengan hujan lebat menyimbah bumi Yogja, ramai ahli trip yang lena dibuai mimpi di dalam kereta.

Sampainya di Ullen Sentalu, hujan masih lebat. Laju-laju aku berlari ke kaunter untuk membeli tiket entrance. Bayaran masuk ke Ullen Sentalu adalah 50,000 idr.

Untuk pengetahuan semua, Ullen Sentalu adalah sebuah muzium yang patut dikunjungi seandainya ke kota Yogja. Disini kita akan dapat belajar banyak sejarah tentang Kesultanan Yogjakarta. Tarikan utama di sini adalah design interior muzium yang sangatlah antik dan guide tour yang sangatlah super fun!

tapi kekurengan di sini adalah kita tak boleh ambil gambar ketika berada di dalam muzium.

maaplah semua yea, tak dapat den nak kongsi apa-apa gambar ketika di sana since hujan lebat.. kamerop simpan senyap dalam beg takut basah.

cuba check website depa untuk dapat lebih maklumat lanjut:

ullen sentalu


DESA WISATA KERAJINAN KULIT MANDING

Selepas keluar dari Ullen Sentalu, kami seterusnya bergerak ke Desa Wisata Kerajinan Kulit Manding yang jauhnya lebih kurang 15km dari pusat kota Yogjakarta. Disini terdapat hampir 40 kedai yang menawarkan barangan kulit buatan penduduk tempatan. Haaa pilih jangan tak pilih, terdapat pelbagai produk yang dijual seperti kasut, handbeg, dompet, tali pinggang dan lain lain lagi. Harga pula Masya Allah sangat-sangatlah affordable. Kami berada di sini hampir 1 jam lebih lamanya. Selepas habis bershopping di sini kami mula bergerak pulang ke Pusat kota Yogjakarta. Niat di hati untuk berhenti ke kedai Bakpia dahulu...hehehe

BAKPIA PATHOK 25

ehem apakah bakpia? haaa bagi yang tak tahu apa itu bakpia, come ladies and gentlemen let me enlighten you apa itu bakpia. Bakpia merupakan makanan istimewa Yogjakarta selain Gudek! Bakpia adalah sejenis ole-ole atau kuih special yang terdapat disini. Kalau datang Yogjakarta memang tak feel lah kalau tak rasa sebijik dua kuih bakpia neh. letak sikit gambar bagi boleh lihat rupa bakpia neh:



comel tak saya eh bakpia? haa bakpia neh datang dengan pelbagai perisa tau, kacang hijau ada,kacang merah ada,  durian ada, coklat ada, dan lain-lain perasalah.. yang paling best bila gi kedai bakpia neh adalah kita boleh beli dan makan time bakpia tuh tengah panas-panas. memang sangat yummy.

Satu tips yang jarang diketahui oleh orang luar yang membeli bakpia ialah, seandainya kita ke kedai membeli bakpia dengan menaiki kenderaan sendiri dan bukannya becak, kita layak untuk mendapat potongan sebanyak 3,000 idr untuk setiap kotak bakpia yang dibeli. Ingat! ini adalah untuk yang menaiki kenderaan sendiri yea bukan becak. Bagi yang menaiki becak pula, anda akan membayar harga yang telah ditetapkan tanpa sebarang diskaun ok. ini adalah kerana setiap 3,000 idr dari setiap pembelian per kotak bakpia akan diberi kepada pembawa becak kerana telah membawa pengunjung ke kedai mereka. HAAAA that's why la pakcik-pakcik becak wajib and suka sangat bawak korang ke kedai bakpia bila korang ronda-ronda around Yogja menaiki becak. walaupon bayaran menaiki becak cuma 5,000 idr sahaja, anda boleh membuatkan pakcik becak tuh tersenyum gembira dengan membeli berbakul-bakul bakpia untuk dibawa pulang ke Malaysia-Ewah..