Sunday, June 15, 2014

Monday Blues




" Many people die at twenty five and aren't buried until they are seventy five "


makan dalam
betul lah tuh

Saturday, June 14, 2014

Hari Ketiga di Kota Yogja- Istana Air Taman Sari, Masjid Bawah Tanah dan Kraton




Parking Taman Sari: 5,000 idr
Entrance Taman Sari: 10,000 idr
Tip guide: 10,000 idr 

Parking Keraton: 5,000 idr
Entrance Keraton: 5,000 idr
tip guide: 10,000 idr

Istana Air Taman Sari

Selepas berehat semalaman di Amira Boutique Hotel, kami meneruskan misi kami pada hari ketiga di bumi Yogjakarta. Tempat pertama yang akan kami lawati pada pagi ini adalah Istana Air Taman Sari. Taman Sari Air neh adalah tempat rekreasi keluarga Sultan dan tempat neh juga menjadi sistem benteng pertahanan pada suatu masa dahulu. Taman Sari Air didirikan pada tahun 1758 dan ianya merupakan idea awal dari Pangeran Mangkubumi dan juga Raden Ronggo Prawirosentiko sebagai arkitek. Demang Tegis pula adalah mandur di sini. Dulu-dulu taman sari air merupakan kawasan larangan sebab ia jugak menjadi kawasan mandi untuk keluarga istana. Terdapat 3 kolam mandi di sini. 

Ketika disini, diceritakan jugak oleh pakcik guide yang membawa kami ke kawasan sekitar iaitu dulunya sultan akan melihat gundik-gundiknya mandi dari menara tinjau dan dia kemudiannya akan memilih seorang gundik yang menjadi pilihan dengan melemparkan sekuntum bunga kepada gundik tersebut yang berada di kolam tuh. Gundik yang menjadi pilihan hati sultan akan mandi bersama-sama sultan di kolam khas yang lain. 


pakcik guide yang berceita tentang kisah pokok ini

US. ahli trip kali ini



Antara hasil seni yang dijual di sini

Masjid Bawah Tanah-Sumur Gemuling

Masjid Bawah Tanah-Sumur Gemuling neh didirikan pada tahun 1765, tetapi masjid neh sudah tak digunakan sejak tahun 1812 kerana Kraton telah membina Masjid Gedhe Kauman yang terletak berdekatan dengan kawasan tuh jugak. Di dalam Masjid Bawah Tanah neh terdapat sebuah kolam yang dikelilingi 5 tangga yang melambangkan jumlah rukun islam. Dibawah tangga terdapat kolam air yang berasal dari Sumur Gumuling. Bahagian atas masjid berbentuk bulatan tanpa atap.


laluan ke Masjid Bawah Tanah

kolam untuk berwuduk dan 5 tangga
Kraton
selepas keluar dari Istana Air Taman Sari, kami seterusnya bergerak ke lokasi kedua iaitu Kraton. Kraton adalah istana sultan yang terdapat di Yogjakarta, majlis-majlis rasmi yang melibatkan sultan akan diadakan di sini sebagai contoh perkahwinan puteri bongsu kesultanan Yogjakarta yang diadakan di sini pada  oktober lepas.

Antara yang menarik perhatian aku adalah berkaitan dengan Sultan Hamengku Buwowno iaitu sultan sekarang tidak mempraktikkan poligami. Ini adalah berbeza dengan sultan-sultan yang sebelum ini. Menurut guide yang membawa kami itu, setia kepada yang satu ... sweet kan. 

Masa kami di sini berlaku satu peristiwa. Pooja tertinggal handsetnya di dalam tandas di luar kraton, ketika tuh kami dah pergi ke kawasan tarikan di luar kraton dok menengok lukisan-lukisan di galeri berdekatan. Tetiba datang lah seorang pakcik neh berlari tercungap-cungap mencari Pooja, dia tanya ada tak tertinggal handset apalagi teruslah Pooja mencari handset dalam poket then baru sedar handset takde. Tapi mujur sangat-sangat sebab pakcik yang bekerja di Kraton tuh terjumpa dalam toilet and terus dia cari Pooja. Jujur betul pakcik tuh. Mmmm sebab tuh lah aku suka sangat dengan Yogjakarta dan orang-orangnya. Baik-baik belaka. Suka betul kepada Yogja sampai ada angan-angan nak tinggal sana sebulan dua...ewaahhhh.


Suasana di luar kraton

antara seni bina yang terdapat di dalam kawasan kraton

tekun mendengar penerangan dari guide

pengantin baru yang sedang berbulan madu

us

hidup di Yogja, aman.


 entries on this trip:


Thursday, June 12, 2014

Hari Kedua di Kota Yogja- Candi Prambanan dan Rumah Dome

Prambanan entrance: 6,000 idr
Tiket Prambanan: 190,000 idr ( dewasa )
                                      :  99,000 idr ( student price )     
Dome House: 20,000 idr



Selepas beredar dari Merapi, kami meneruskan perjalanan ke Prambanan. Prambanan merupakan salah satu tarikan utama di Yogjakarta selain dari Borobudur. Last time aku ke Yogja, aku telah pergi ke Borobudur, so this time aku ke Prambanan plak. Candi Prambanan merupakan tapak bersejarah di bawah Unesco memegang nombor ranking 642 ketika neh. Actually aku malas nak cerita banyak since kebanyakkan yang nak ke sini sure-sure dah google segala info, tapi aku nak sharekan cara macam mana nak naik bas Trans Yogja untuk ke sini. Ok now lets study map bas di bawah dulu: 



actually jika kita sampai di airport Adisuijipto pada sebelah siang dan masih awal, kita boleh terus jea pergi ke Prambanan. Sila refer ke route bas 1A. Dari airport menaiki Trans Yogja, tambang bas nya adalah 3,000 idr sahaja. Tersangatlah murah. Dari airport mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ke terminal Prambanan, dari terminal Prambanan silalah turun bas dan dari situ naik plak kereta kuda yang upahnya adalah 20,000 idr dan mereka akan hantar terus ke Candi Prambanan. Nanti bila nak balik pon buatlah perkara yang sama, ambik kereta kuda then tunggu bas di Terminal Prambanan kemudiaan teruslah ke lokasi tempat stay hangpa. Usually ke Malioboro. 










Nak ke pasar ke makcik? dengan payung segala bagai.

nak masuk ke site Prambanan, pengunjung diwajibkan untuk memakai topi keselamatan.





aku tak sempat pon nak explore semua tempat dalam prambanan neh kerana kami kesuntukan masa, sebelah petang nanti kami perlu ke airport untuk mengambil ahli trip yang bakal tiba dari Malaysia. So blah jea dari Prambanan kami terus ke kawasan Rumah Dome yang tak jauh dari situ.

Rumah Dome juga dikenali sebagai rumah Teletubbies kerana bentuk kubahnya seperti rumah di dalam cerita kartun tuh. Rumah neh merupakan sumbangan dari NGO Amerika ( Domes for the World Foundation )untuk rakyat Yogja sempena peristiwa gempa yang berlaku pada tahun 2006. Rumah Dome terletak di Dusun Ngelepen Prambanan, Sleman. pada tahun 2006, antara tempat yang rosak teruk akibat gempa adalah perkampungan neh. So rumah Dome dibina disini agar dapat membantu penduduk setempat mempunyai rumah semula.

Kalau ke perkampungan neh, mesti kita akan teruja melihat bentuk rumah nya yang berkubah. Actually design tuh adalah untuk menjadikan rumah tuh rumah tahan gempa. Actually di sini juga menawarkan tempat tinggal ala-ala homestay gitu. Selain mendapat pengalaman tinggal di dalam rumah Dome, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti kampung yang diadakan untuk para pengunjung.

Aku ke sini bukanlah untuk p tidoq di rumah Dome, kami cuma nak g tengok jea kawasan perkampungan tuh sebab selalu dengar jea tapi tak pernah p. So disini kami dibawa masuk ke rumah contoh, dan diberi penerangan dari pengurus di situ. Kami juga sempat menunaikan solat di masjid di situ.

ruangan dalam masjid/surau

nampak tuh rumah Dome yang comel tuh.

selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke airport untuk mengambil Amy, Lan, Kak Milin, Abg Man dan Si Munzil Comel. Depa sampai lebih kurang lewat petang. So lepas pick up depa kami terus bergerak ke Hotel.


Previous entries on this trip:





Hari kedua di Kota Yogja- Cabaran Merapi






asalamualaikum...

ok kali neh ada mood nak update blog yea, so aku akan continue cerita hari kedua di bumi Yogjakarta untuk trip bulan Disember 2013 yang lalu.

Kami bangun seawal pagi, untuk hari ini dan esoknya kami menyewa kereta dan supir dari Aman Amin transport and tours. Harga yang kami dapat untuk perjalanan 2 hari bersama supir dan bensin adalah 750,000 idr. Kami berkenalan dengan supir kami yang bernama Arie ( eh sama plak namanya dengan encik suami ), ahaha kebetulan plak nama sama. Perjalanan pertama kami adalah untuk ke Gunung Merapi. Aku masih ingat trip dengan Arie ( encik suami ) pada Februari 2013 ke Gunung Merapi agak mengecewakan sedikit kerana puncak merapi ditutup dengan kabus tebal ketika tuh. Konon perjalanan kali neh ke Merapi nak lah melihat puncak Merapi.


Merapi Entrance( car ) : 11,000 idr
Merapi Tour                : 250,000 / jeep

Ditengah-tengah perjalanan hujan mula turun sedikit demi sedikit. Sampai di sana kami dibawa ke kawasan jeep yang banyak. Disini kami akan diberi pilihan untuk memilih tour perjalanan untuk explore Merapi. Hati berbelah bahagi sebenarnya, hujan makin lebat..patutkah kami cancel jea plan untuk explore Merapi dan opt ke tempat lain yang lebih kering. Lepas bincang bersama Pojaa so kami decide untuk teruskan jugak misi explore Merapi. Seperti Mak aku selalu cakap, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai lencun.

Hujan atau tak kami tekadkan hati, bukan senang nak sampai sini so hujan atau tak bukan penghalang kami. Kami memilih tour yang berharga 250,000/jeep. Sebelum perjalanan dimulakan kami diberi rain coat, aku tak expect perjalanan menaiki jeep meredah hujan lebat boleh jadi terlalu extreme. Pakai raincoat pon aku tetap basah, hujan lebat kanan kiri menembak-nembak badan aku yang berada di seat belakang. Kondisi jalan yang sangat teruk membuatkan aku mengucap seribu kali.

dibuatnya aku mati terjatuh dari jeep tak ke naya Arie nak datang dari Malaysia cari aku.

Batu-batu besar sepanjang laluan, bahaya ketika hari hujan



Tanah di sini merupakan tanah yang subur, so aktiviti korek tanah untuk di jual memang galak berlaku. Hujan tak menghentikan aktiviti neh, lihatlah segala jenis lori dan pengorek yang digunakan.




tempat pertama yang kami pergi adalah muzium Merapi. Muzium neh bukanlah macam muzium yang pernah aku pergi sebelum neh tapi it's more to tinggalan rumah yang musnah akibat letusan Merapi  2010 dan barang tinggalan untuk display kepada pengunjung. Di sini kami boleh melihat pelbagai barang yang musnah akibat dari letusan Merapi, sebagai contoh tv, barangan dapur, pakaian dan lain-lain lagi.






kami kemudian nya bergerak ke tempat kedua iaitu Bunker. Apa itu Bunker? Bunker adalah tempat perlindungan yang digunakan untuk berlindung pada saat bencana alam atau perang. Bunker neh banyak dibina ketika zaman perang dunia 1 dan dua, bunker banyak digunakan oleh rakyat untuk berlindung. So salah satu bunker yang menjadi tarikan pelancongan adalah bunker yang tertimbus dengan  letusan lahar Merapi 2006.

 Actually fungsi utama bunker neh adalah untuk melindungi penduduk setempat dari awan panas. So nak dijadikan cerita pada letusan 2006 tuh adalah terdapat dua penduduk tempatan yang berlari mencari perlindungan di bunker tersebut, lari dari awan panas. Malangnya yang keluar dari mulut Merapi bukanlah sekadar awan panas tetapi jugak lahar panas Merapi. Mereka meninggal dunia tertimbus di bunker tersebut. Bunker yang terletak di lereng gunung Merapi neh tertanam selama 2 tahun kerana bukan senang ok untuk menggali dan mengeluarkan semua lahar panas yang mengeras tuh.

Ketika kami disana, kami berpeluang untuk masuk ke dalam bunker. Gelap.Sejuk. Tak dapat aku bayangkan perasaan dua mangsa yang terperangkap di dalam bunker ketika Merapi memuntahkan isi perutnya. Di sini kami jugak sempat berkenalan dengan pakcik-pakcik yang super peramah.

Pakcik Peramah: Dari mana?
Kami                : Dari Malaysia
Pakcik Peramah: Iya? aku ingatkan kalian dari Indonesia juga
Kami                : ( ketawa malu-malu )
Pakcik Peramah: aku punya adik di Selangor Malaysia, bekerja di sana.

sembang,sembang, sembang, sempat plak kami bergambar yea...comel jea pakcik-pakcik neh, semangat dia bercerita bila kami gitau kami dari Malaysia.


Ruang dalam Bunker


Pakcik-Pakcik super comel

 Selepas ke Bunker, kami dibawa ke satu tempat lagi. Disini kami boleh lihat laluan letusan Merapi.



 entries on this trip: