Thursday, May 15, 2014

The Essence of Travelling


Kita travel atas banyak sebab yang tersendiri, ada yang mencari cabaran di dunia luar, ada yang cuba menguji tahap ketahanan, ada yang ingin melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dan ada juga yang travel atas sebab untuk belajar banyak benda baru yang tak terdapat di habitat kita.

dan ada yang travel untuk penuhkan cop di passport.

it depend on you.

pada aku, seorang Azmalinda kenapa aku travel kalau ada duit dan kesempatan adalah kerana dengan travel aku belajar banyak benda baru. Aku pernah travel secara backpacking, pernah secara lenggang kangkung amik tour, pernah travel dengan family, dan antara kesemua jenis travel tuh aku tetap akan cakap travel secara backpacking adalah yang terbaik. Terpulang pada minat dan kesanggupan masing-masing. What most important thing that we should noted is; apa aku dapat lepas setiap perjalanan tuh?....

titik.



Wayang Kulit di Kota Yogja





                             Muzium Sonobudoyo Alun Alun Utara
                             Waktu tayangan : 8.00mlm - 10.00mlm ( setiap malam )
                                        Harga tiket:
                                                            Foreigner: 20,000 idr
                                                            Local        : 10,000 idr  

Kami tiba di bumi Yogja pada jam 2 petang, kami terus amik teksi di luar airport straight terus ke the Cabin Hotel. Check in then basuh basuh muka terus kami keluar ke jalan Malioboro. Konon plan kami petang tuh nak ke Pasar Beringharjo. Dari jl. Malioboro kami berjalan, berjalan dan berjalan untuk ke Pasar Beringharjo... tak jauh mana pon, lebih kurang 7 minit ja dari jl. Malioboro.

Tiba di pasar, mak aiii ramainya orang. Actually dekat pasar neh boleh la beli baju batik yang berharga murah banget...kami sekadar pusing-pusing, konon nak survey harga ja dulu, konon nanti before ke Bali konon nak singgah semula beli baju batik untuk Arie...huhuhuhu...konon jela...mana ada nak datang semula,time memang pack sepanjang 3 hari di Yogja.

Setelah berpusing-pusing di sekitar jalan Malioboro, kami pulang ke hotel. Pada sebelah malam kami menaiki beca menuju ke muzium Sonobudoyo di Alun Alun Utara. Tak jauh mana pon dari Malioboro, lebih kurang 5 minit naik beca. 

Beli tiket dengan harga 10,000 kami pun dibawa masuk ke tempat wayang kulit. Mmmm sunyi sepi takde pengunjung kecuali seorang mamat jepun bapak ensem yang asyik ambik gambar 24/7... tak lama lepas tuh datang lah pakcik pakcik yang tukang main alat muzik gamelan, and there was one pakcik which is so kind and warm to us. Dia ajak kami duduk di tempat alatan gamelan yang akan dimainkan, dia ajaq kami macam mana nak main satu alatan muzik di situ... he tought us step by step, boleh la ea belajar Gamelan 101 for dummies. :p 

Bila tok dalang and makcik makcik masuk, maka bermulalah wayang kulit Yogja.

mmmm TAPI....memang kami tak paham apa pon yang dicakap oleh tok dalang tuh, bahasa jawa digunakan sepenuhnya sepanjang sesi berwayang kulit selama 2 jam tuh. Agak sayang sebenarnya tradisi yang patut di pertahankan neh kurang mendapat sambutan. bayangkan selama 2 jam lebih aku di situ, pengunjung yang datang tak lebih dari 10 orang. Mungkin kurang sambutan sebab tiada yang berusaha untuk mempromosikan tradisi neh atau mungkin ada lagi tempat lain yang menawarkan persembahan wayang kulit yang lebih baik.

hampir jam 10.30 malam sesi berwayang kulit tamat, kami mula menapak keluar dari muzium. Anak-anak hujan mula menyapa tubuh...mmmmm alamak hujan bakal lebat, what to do...atlast kami sewa becak untuk kembali ke jalan Malioboro. Di jalan Malioboro kami masih sempat menyelusuri jalan untuk mencuci mata mencari-cari buah tangan untuk sanak saudara...ewaaaahhh ( perasan tak betapa skemanya aku berbahasa di sini ).... hampir jam 11 malam hujan lebat mula mencurah bumi...shit! cam mana nak balik hotel yang jauhnya hampir 200meter dari situ..200meter memang dekat, tapi dengan kamera yang perlu dijaga takut basah bermandi hujan, kami terperangkap di jalan Malioboro bertemankan peniaga-peniaga yang makin sibuk membungkus barang untuk menutup kedai mereka...




Cik Pooja bersama pakcik wayang







 entries on this trip: