Saturday, March 1, 2014

The Cabin Hotel-Ameera Boutique Hotel-Solaris Hotel


entri kali ini adalah tentang tempat-tempat penginapan kami sepanjang berada di Yogjakarta dan Bali.

The Cabin Hotel
Ameera Boutique Hotel
dan
Solaris Hotel

entri kali ini adalah review atau pandangan peribadi aku sebagai seorang orang luar yang pernah menginap di sini...

The Cabin Hotel, Yogjakarta:
terletak di jalan: Gandekan Lor No. 2, Pathuk, Yogyakarta

 Masa aku book hotel neh thru Agoda, rate bilik yang aku dapat adalah rm40.00 yang mana pada aku sangatlah murah. Yes you get what you pay for it....dalam bilik sekangkang kera neh yang ada cumalah katil yang boleh tarik kiri kanan tuh, then ada tv satu dan kerusi and meja bulat dibawah rak tv. Bilik memang totally sangat kecil ok memang tak sesuai untuk yang datang bersama keluarga. Bilik air plak diluar bukan dalam bilik so if datang dengan familly for sure rasa tak selesa sikit kan, tapi oleh kerana aku and mahfuzah berdua aja untuk hari pertama tuh memang kami plan untuk berjimat habis-habisan dalam bab penginapan hari pertama..( hari pertama jerrrrr )

Walaupon bilik sekangkang kera tapi pengalaman aku menginap di hotel neh sebenarnya menarik. Kali pertama sampai menjejak kaki di depan kaunter, kami disambut dengan keramahan staff-staff hotel ini. ( dalam review agoda and booking.com pon memang banyak yang memuji bab keramahan depa neh ).. Selepas diberi kunci bilik, kami turut diberikan sebakul jajan yang terisi dengan Tisu, Keropok, Pop Mie dan air mineral...ehehehe sentap sikit aku kat situ sebab kalau gi hotel-hotel mahal pon mana nak dapat megi free and segala keropok tuh, datang sini hotel biasa pon depa boleh bagi semua tuh..Good service. Selepas itu kami dibawa ke bilik yang berada di tingkat 2, bilik memang kecil tapi BERSIH dan RAPI... overall memang aku rasa berbaloi dengan rm40 yang aku spend untuk 1 malam hotel neh. Btw lokasi hotel neh jugak agak strategik kerana berjarak lebih kurang 200meter sahaja dari jalan Malioboro.


TV pon simple jea

hospitality yang terbaik

bilik sekangkang kera tapi sangatlah bersih
Ameera Boutique Hotel, Yogjakarta:

Untuk hari kedua dan ketiga di Yogjakarta kami bertukar hotel dari The Cabin ke Ameera Boutique Hotel. Lokasi hotel ini sangatlah berdekatan dengan jalan Malioboro, lebih kurang 20 meter jea dari hotel neh terus boleh sampai ke jalan Malioboro. Aku book bilik standard dengan rate pada time tuh RM90 per malam.

Interior di lobby hotel memang cantik, terasa bagaikan berada di zaman kolonial dulu-dulu gitu. Disambut dengan alunan muzik gamelan di luar lobi, suasana di lobi hotel memang menarik. Tapi sayang seribu kali sayang.....

Selepas mendapat kunci dan membedak-bedak kunci kepada ahli trip, kami dengan separuh tenaga terpaksa memanjat ke tingkat tiga hotel sambil mengangkat beg yang berat. Letih kot selepas seharian pusing Yogja berhujan dan berpanas kan. eh ngade betul..Kalau dengar nama boutique hotel mesti expectation kita tinggi kan, tapi memang harapan tinggal harapan. Bilik hotel memang biasa-biasa sahaja which aku rasa the Cabin lebih ok dalam bab kebersihan.  Bilik agak simple, tempat sangkut baju adalah seperti di dalam gambar di bawah, di tempat buluh rotan tuh. Bilik air plak agak biasa jugak maksudnya takde lah extra bersih or terlalu kotor. Bagi aku yang pernah pergi hotel yang lebih teruk dari itu, bilik hotel di ameera boutique hotel adalah bertepatan dan tak menjadi bagi masalah untuk aku.

Menurut pendapat aku, hotel neh mungkin akan lebih ramai pengunjung seandainya depa boleh re-deco bilik bilik sedia ada..kasi cat lah semula dinding-dinding yang dah berlumut tuh. Cuci bersih sikit toilet tuh dan gantikan lah cadar yang telah bertukar warna kekuningan tuh kan...

p/s: dengar kata Ameera Boutique hotel dah ada package room untuk backpackers, dengan harga IDR 85,000 per malam, lebih murah untuk yang inginkan penjimatan berganda macam aku yang bajet cikai neh...next time ke Yogja bolehlah usha ye dak...
bilik yang decent sangat

lobby yang menarik




Solaris Hotel, Bali:
Jl. Jenggala (ex.Wana Segara)
Kuta - Bali
Phone: +62 361 761 399 Fax: +62 361 761 441




Hotel Solaris merupakan hotel penginapan kami ketika berada di Bali. Hotel bertaraf tiga setengah bintang neh merupakan hotel yang worth to stay sepanjang 8 hari aku di bumi Indonesia. Untuk pengetahuan semua, aku book hotel neh melalui airasiago.com dengan harga promosi bilik superior rm34.00 sahaja beb. Gila murah promosi time tuh, harga asal bilik tersebut adalah dua ratus lebih. Lebih menguntungkan kami adalah apabila time nak check in kami mendapat upgrade bilik dari superior ke deluxe secara percuma...w0w...

Setelah memasuki bilik, aku selesa dengan kebersihan bilik dan dekorasi bilik yang menarik. Dari tingkap bilik boleh lah tengok swimming pool yang senantiasa menjeling-jeling manja aku mengajak aku terjun dari tingkap terus kebaboom ke pool tersebut..uhuhu...dugaan tuh.

Actually lokasi Solaris hotel tidaklah berdekatan dengan Kuta, tapi aku agak lega sebenarnya aku tak book hotel kat Kuta time tuh sebab Bali sangatlah sesak dengan pelancong. dari hotel neh nak masuk ke Kuta mengambil masa hampir 30minit akibat dari kesesakan jalan yang agak melampau.


pool yang menjeling-jeling manja kepada ku...terjun..terjun..terjun

bilik yang luas dan bersih.
setakat tuh sahaja entri tentang hotel-hotel yang aku check-in time trip Disember lepas. Next entri will be about our first and second day at Yogjakarta.


 entries on this trip:

lama senyap

serasa rasa aku dah lama jugak lah aku tak bukak blog...bersawang-sawang penuh dengan lipas dalam neh...uhuhuh...so al kisahnya tamatlah cerita backpack bali bulan Ogos lepas raya tahun lepas ok... punyalah berbulan-bulan nak abiskan semua salah penyakit Malas...

Untuk entri cerita seterusnya adalah trip bukan dengan Arie tapi sebaliknya dengan member-member. Ke mana? Ke Yogja dan Bali LAGIK~ ke bumi Yogja terchinta yang paling aku suka tuh kan...ehehehe.. suppose to be trip tuh nak buat ala-ala trans java macam dulu-dulu tuh, dari Yogja-Bromo-Banyuwangi-Bali.Tapi atas perbagai kekangan terpaksalah ubah sikit supaya lebih sesuai dengan ahli trip kali neh. Kami sekadar ke Yogja then ke Bali dengan menaiki flight. Trip kali ini memakan masa selama 8hari...wohooo, g ngan aku mana main sehari dua, paling kurang 7,8 hari baru mantap...biar puas pusing sesatu tempat tuh..

tempek sekeping dulu:

dari kiri: Amy, Lan, Abg Man, Kak Milin, Pojaa dan Tuan Tanah

BALI 14-18-08-2013 FINALE


Day 4 & Day 5 :

Rise and Shine. untuk hari ke empat sepatut patutnya kami plan untuk ke Tanah Lot. Tapi plan terpaksa cancel since sakit bontot 2 hari merempit naik motor ke sana dan sini. So jadilah hari tuh hari shopping sedunia, bukan main lagi kami bershopping di Kuta especially Matahari mall. Tak lupa kami jugak turut ke Krishna. Banyak barangan cenderahati terdapat di sana, boleh borong untuk sanak saudara.

pada sebelah petang kami ke Sop Ayam Pak Min- sup ayam kampung yang enak sekali.

dan pada sebelah malam kami ber massage Session di Smart Salon and Day Spa. Memang terbaik. Kalau ke Bali, jangan lupa ber massage ke tempat neh, memang aku recommend sangat-sangat. Dengan harga serendah 140,000 idr dah boleh dapat sesi massage full body selama 90 minit. Kalau dekat Malaysia mau harga dekat 100 lebih kan..


Day 5:
Kami sekadar lepak di kawasan Kuta, dan pada sebelah tengaharinya kami mengambil teksi ke airport dengan harga 40,000 idr sahaja..


Kuta sweet Kuta

bye bye Tune Hotel, See you next time!