Tuesday, January 21, 2014

BALI 14-18-08-2013 PART 7- Tempak Siring yang telah dikomersilkan

Tempat: Tempak Siring

Selepas dari melihat mayat yang tak ditanam, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami ke Tempak Siring. Tempak Siring merupakan tempat suci bagi orang Hindu. Tempat ini penting bagi mereka kerana disini terdapat air suci yang digunakan untuk penyucian diri mengikut kepercayaan agama Hindu.

Waktu kami tiba di sana, suasana memang agak crowded. Punyalah ramai ummat manusia disana, pada aku Tempak Siring adalah tempat keagamaan yang telah dikomersilkan untuk industri perlancongan. Bukan sahaja orang yang beragama Hindu boleh mandi di kolam yang disediakan, pelancong asing juga turut boleh mencuba untuk mandi di kolam yang tersedia.

kami pulang ke Kuta agak lewat petang. Sakit bontot aku sebab sepanjang hari naik motor..haha.



Sacred Pool




Sunday, January 19, 2014

BALI 14-18-08-2013 PART 6-Mayat tak ditanam

Mayat tak Ditanam, Kampung Terunyan.Bali

Taru Menyan ataupon dipanggil sebagai Terunyan merupakan sebuah kampung masyarakat asli Bali yang wujud sejak zaman kerajaan Majapahit lebih kurang 700 tahun dulu lagi. Mereka menggelar diri mereka masyarakat Bali Aga. Mereka beragama Hindu dan amat berpegang teguh kepada amalan mistik.

Di sini warga kampung yang mati tidak akan ditanam tapi sebaliknya akan diletak di bawah pokok. Di kampung neh terdapat tiga jenis kuburan untuk tiga jenis kematian yang berbeza. Kalau seorang warga kampung meninggal secara normal, mayatnya akan ditutup kain putih, dan diletak tanpa kubur di bawah pokok besar bernama Taru Menyan. Tapi, bagi mayat yang mati secara tak normal contohnya accident, bunuh diri, atau kena bunuh; mayat tuh akan di letak di lokasi berbeza yang bernama Sema Bantas. Bagi kuburan yang ketika plak dipanggil Sema Muda, yang neh untuk kawasan perkuburan bayi dan anak kecil, atau orang dewasa yang masih suci dan belum berkahwin.

*****

Kami ditawarkan dengan harga 550,000/per 2 untuk tour menaiki sampan melihat mayat yang tak ditanam. 550,000 is totally not in our budget for that particular day. Ikutkan hati memang aku nak tolak ja and blah dari situ. Puas aku tawar menawar akhirnya dapatlah harga 250,000/per 2; kira ok lah kan dapat less banyak compare dengan harga sebelum neh.

Kami berkongsi sebuah sampan dengan satu keluarga pelancong asing, kami berada di atas sampan hampir 15 minit. Tasik Batur sangatlah luas, tak terjangkau penglihatan mata aku untuk melihat penghujung tasik. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menjadikan air tasik agak berombak.

Mmmm...nasib baik pakai life-vase, kalau sampan terbalik pon boleh timbul kot..hehe.

sepanjang menaiki sampan, pendayung sampan tanpa segan silu menerangkan tentang perkuburan tanpa mayat. buat apa nak malu kan..family orang putih depan aku neh sibuk apply sun screen. panas gamaknya tengah-tengah hari buta gini di tengah tasik. Aku mantain macho tengah-tengah tasik. eh!

Dari kejauhan dah nampak satu jeti kecil di tepi tasik, ada pintu gerbang kecil melambai-lambai pengunjung melihat mayat tak ditanam. Bila menjejakan kaki ke kawasan tuh, benda pertama yang aku perasan adalah bau wangi, mmmm takkan lah mayat-mayat neh berbau wangi?rupa-rupanya bau itu datang dari pokok besar yang berada di kawasan itu. Pokok tuh dikenali sebagai pohon Terunyan.

Dihujung kawasan tuh terdapat 5 pondok kecil yang diperbuat dari buluh. Di dalam pondok-pondok itu lah ditempatkan mayat-mayat yang tak ditanam. Mayat yang terbaru adalah mayat yang diletakkan 3 minggu lepas, mayat itu cuma diselimutkan sahaja, jasad mayat itu masih kelihatan. Walaupon berhampiran dengan mayat kedudukan aku, seriously memang bau busuk tuh kurang sangat. Tetap ada bau busuk tuh, tapi kurang.

Menurut penerangan yang diberi, apabila ada mayat baru yang dibawa kesini, maka tulang-temulang mayat paling lama akan "dialihkan" dari pondok tersebut. "Dialihkan" tuh erti kata lain dibuang di tepi-tepi sekitar kawasan perkuburan terbabit. So apabila di kawasan tuh, aku perlu berhati-hati melangkah takut-takut terpijak tulang-tulang mayat yang dibuang sekitar kawasan tuh. Di kawasan sekitar juga kelihatan, duit kertas, syiling, pinggan mangkuk yang bertebaran di tepi-tepi kubur. Masyarakat asli ini percaya barang-barang ini boleh dijadikan bekalan untuk si mati di alam lain.

actually, aku agak seram bila berada di kawasan tuh. Dalam hati kumat kamit baca ayat kursi sebagai pelindung diri. Sedikit peringatan bila berada di kawasan-kawasan seperti ini, mulut tuh jangan lah terlalu suka menegur itu ini. Ada aku terbaca tentang seorang pengunjung neh mulutnya terlalu ringan menegur tentang bau busuk, akhirnya ada "benda" yang mengikut dia pulang ke Malaysia. Ehem dah jadi kes nak ngantar pulang semula ke sana :P ehehehe..

menghabiskan masa hampir 45minit di situ, kami kembali menaiki sampan untuk menuju ke perkampungan tadi. Lepas tuh kami pon blah dari situ dan menuju ke lokasi ke seterusnya...

dari kejauhan indah nun di sana Gunung Batur indah tersergam


air tasik  berombak ditiup angin

antara pondok-pondok yang berpenghuni

mayat tak di tanam


tengkorak yang terkumpul


tulang temulang manusia yang berselerakan di tepi-tepi hutan

perkampungan orang asli Bali

pohon Terunyan


sila abaikan perut buncit yang mengalahkan ibu mengandung 5 bulan itu.

pose setempek dulu sebelum blah.




Wednesday, January 8, 2014