Wednesday, October 15, 2014

Resepi Spageti Super Lazat

ok asalamualaikum, kali ini saya nak berkongsi satu resepi yang sangatlah mudah dan sedap. Serius memang super sedap. Jom cekidout.

Bahan-Bahan
- Daging Lembu Fresh
- Spageti Angel Hair
- Bawang Besar
-Tomato
- Sos Spageti ( saya suka Kimball )
- Daun Bawang

Cara- Cara
1- ok yang paling pertama perlu dibuat adalah merebus daging lembu yang fresh tadi sehingga empuk. Pastikan menyimpan sedikit air rebusan daging kerana ia mempengaruhi kuah spageti yang akan dibuat.
2- Setelah siap merebus daging tadi sehingga empuk, potong halus-halus daging tersebut.
3- Potong bawang besar halus-halus dan ketepikan. Tomato tadi pula goreng seketika dengan minyak yang sedikit. Biarkan kulit tomato tadi lembut kemudian angkat dan buang kulitnya dan bahagian biji tomato tersebut.
3- Tumis bawang besar tadi sehingga kekuningan, kemudian masukkan sos spageti dan isi tomato. Kacau dan biarkan ia menggelegak. Masukkan air rebusan daging tadi, pastikan tak terlalu banyak sampai kuah terlalu cair.
4- Masukkan daging yang telah dipotong tadi dan kacau sehingga sebati. Letak secubit garam dan pastikan rasanya memang best.
5- Tutup Api
6- Rebuslah Spageti tadi. Saya suka guna angel hair kerana ianya lebih kecil dan tidak muak.
7- Gunakan daun bawang sebagai hiasan. Potong dan tabur di atas hidangan.
8- Ready to eat!!!!!

sangatlah senang. tambah-tambah sekarang kan baru lepas raya haji so memang banyak lah sangat daging lembu dalam peti tuh. encik suami memang asyik request spageti ajooo...konon fefiling dok London gamaknya...hehe..

p/s: saya memang suka guna daging fresh kerana rasanya lebih enak dan manis.


Tuesday, October 14, 2014

Takwim Persekolahan 2015

Bagi ibu bapa dan guru-guru yang bercadang untuk merancang cuti 2015 dah boleh mula lah untuk membuat perancangan tersebut, kerana takwim cuti tersebut telah dikeluarkan. Jom tengok!


rujukan: http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003650.pdf

apalagi jom lah pakat tempah tiket flight untuk tahun depan.


Tutorial Gabung Dua Blog Menjadi Satu

ok sebenarnya hari ini aku nak berkongsi macam mana kah cara nak menggabungkan dua blog menjadi satu. Sekarang neh dah macam trend kan pemilik blog ada sampai 3,4 blog, kadang-kadang tuh tak sempat nak update tau semua blog-blog tuh. Lebih mudah untuk mempunyai satu blog sahaja dan dapatlah kita memberikan tumpuan yang lebih.

Untuk menggabungkan dua blog menjadi satu perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengimport data dari blog yang kita mahu pindahkan. Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk melakukan nya.

1. Open that blog
2. Go to Setting > Other
3. Click on Export Blog link to download its data


ok setelah berjaya memuat turun blog itu kita perlu pulak untuk memuat naik data tadi ke blog kita yang kita mahukan.

1. Open New Blog
2. Go to Setting > Other
3. Klick on Import Blog link
4. Import the downloaded data of your old blog.


Setelah kita memuat naik data dari blog lama ke blog baru yang kita mahu, semua data akan tersimpan termasuklah post-post lama dan komen-komen dari blog lama. Jangan lupa masukkan kod ayat dan nombor berbelit yang diberikan untuk membuktikan bahawa kita bukan robot. Kalau tak mahu publish entri-entri lama secara automatik, anda boleh unclick kotak di bawah tuh. Ia akan tersimpan di dalam draf dan bila anda mahu post entri-entri lama tertentu anda bolehlah melakukan nya secara manual. Senang kan!

btw, bukan dua blog jea boleh menjadi satu, anda boleh gabungkan sebanyak mana blog yang anda ada ke dalam satu blog sahaja!

Monday, October 13, 2014

Kisah Ulat Buku

Asalamualaikum...

Sebenarnya aku memang ulat buku sejati, ulat buku yang suka simpan buku tapi jarang baca. Impian kononnya nak buat library besar di rumah, tapi masih bertatih tatih lagi.

Sejak zaman sekolah lagi aku memang suka buku, sebab itulah kebanyakkan masa aku di sebelah petang banyak dihabiskan di sekolah melepak di dalam library. Buku merupakan satu ketagihan, even bau buku juga boleh menjadi kegilaan bagi penggemar buku. Even pada suatu ketika aku pernah cari perfume bau buku. Huhuhu...tak ke gila? Orang lain  cari perfume bau buah dan sebagainya, tapi aku cari bau buku. Bila masuk kedai buku benda pertama aku buat adalah ambil buku, bukak, dan bau....ok nikmat!

Normal lah kan, sebab tiap orang punya cita rasa berbeza, ada yang suka bau rumput selepas hujan, bau hujan, bau bayi dan ada yang suka bau tahi lembu. Ahaaaa jangan tak percaya.

Macam aku, aku bukanlah peminat tegar novel cintan-cintun, walaupon banyak novel cinta di rumah semuanya sememangnya kepunyaan encik suami. Bagi orang macam aku, aku suka beli buku tentang travel, dokumentari, wisdom words dan buku yang banyak gambar.eh...

Oleh kerana terlalu gilakan buku, bila travel ke luar negara pon mesti gari buku kat sana as ole-ole untuk diri sendiri. Rasa tak complete travel kalau tak pergi kedai buku.

Kalau di Pulau Pinang, terdapat satu tempat di Chowrasta yang menjual buku-buku terpakai. Masya Allah memang sangat banyak bukunya, buku-buku dari zaman British and Jepun pon ada agaknya. Bagi penggemar komik lama-lama juga boleh dapatkan siri lengkap komik tuh di sini dengan harga yang sangat murah. Kalau aku ke sini, yang paling aku suka adalah suasana kedai-kedai buku neh. Bertimbun-timbun, ruang-ruang sempit, bau buku yang kuat membuatkan aku terasa macam berada di perpustakaan rahsia bawah tanah. Amboiii fefiling cerita filem omputih yea.

Aku paling teruja bila g pesta buku especially Popular punya sale, or Big Bad Wolf book sale. Boleh jadi gila. Pernah sekali aku dan suami buat gila dengan pergi pesta buku di KL secara tetiba. Kami borong buku hampir 400 lebih. Cinta punya pasal kan.


Sunday, October 12, 2014

resepi Cheesekut yang Mudah

Asalamualaikum...seminggu dua neh musim membuat  cheesekut, resepi ini sangatlah mudah dan senang tau. Jom cuba...

Bahan-bahan:
-biskut deluxe hup seng
-setengah tin susu pekat
-sekotak kecil susu full milk
-250g cream cheese
-nestum/milo



Cara-cara:

1- sediakan bahan-bahan yang nak digunakan.
2- masukan 250g cream cheese, setengah tin susu dan 4 sudu besar susu cair ke dalam blender. Kemudian putar sehingga sebati tau.
3- kemudian ambil biskut hupseng dan celup ke dalam susu cair selama 1 saat kemudian susun ke dalam bekas.
4- kemudian tuang sedikit adunan cream cheese tadi dan ratakan.
5- ulang langkah 4 dan 5 hingga habis adunan cream cheese tadi.
6. Hiaskan cheesekut tadi dengan nestum halus dengan menabur di atasnya.

Senangkan?  Jom layan gambar plak...


Cream cheese, susu pekat, susu cair


Adun hingga jadi sebati



Celup biskut dalam susu


Susun biskut comel-comel


Tadaaaa, tabur serbuk nestum untuk rasa lebih sedap.


Selain nestum, boleh juga guna milo atau serbuk biskut oreo, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Setelah siap boleh masukkan ke dalam peti sejuk bahagian bawah untuk beberapa jam, kalau nak lebih enak biarlah di dalam peti selama semalaman...


Saturday, October 11, 2014

Hari Minggu yang paling aman

Alhamdulillah actually rasa lega sangat minggu neh, kerana sabtu dan ahad memang betul-betul rilex di rumah. Kalau sebelum ini kebanyakkan hari minggu memang jarang sangat kami suami isteri berada di rumah. Kadang-kadang memenuhi tuntutan kerja di sekolah, balik kampung,  keluar berjalan-jalan dan sebagainya. Letih juga sebenarnya kalau asyik keluar jea setiap hujung minggu, kadang-kadang kerja kat rumah pon banyak tak buat.huhuhu...

Esok konon konon plan nya nak pergi mencari hadiah untuk program sekolah, hopefully jumpa lah apa yang dihajati tuh kan...

Actually, jarang sangat aku update blog tentang kehidupan harian...rasa kekok pon ada...harap-harap dapatlah aku melatih diri untuk menjadi penulis yang lebih baik untuk masa-masa akan datang. In sya Allah

Tuesday, September 9, 2014

Hari Kelima di Pulau Dewata

ehem bertahun sudah tak update blog, ok jum sambung entri hari kelima di Pulau Dewata iaitu Bali.

seawal pagi kami bergerak dan tempat pertama yang kami lawati adalah sebuah temple, yang mana nama nya aku telah lupa...hehe.. jom tengok gambar-gambar di bawah:






macam ibu-ibu mengandung plak yea..pakat bawa perut.

jarang dapat tengok aktiviti camneh



selesai melawat di sini kami teruskan perjalanan ke kebun kopi yang berada sepanjang jalan ke Kintamani. Hajat dihati untuk merasa sendiri kopi popular di Indonesia iaitu Kopi Luwak atau nama lain Kopi Tahi Musang. Disini kami diberi rasa dengan pelbagai jenis kopi. Cakap jea nak rasa kopi apa semua ada..tapi yang paling special tentulah kopi Luwak. Sebagai peminat tegar kipassusahmati kopi, aku sendiri tertunggu-tunggu nak merasa kopi istimewa ini, tahik ke tak tahik ke aku tak kira aku nak rasa jugak...btw sebelum tuh aku dah check kopi Luwak halal yea.

btw aku orang kampung, so sememangnya zaman kecil-kecil dulu aku pernah ada pengalaman mengacau mak dan tok aku membuat kopi secara tradisional. Bermula dari proses kutip kopi, jemur, buang kulit, memasak dan mengisar kopi semua aku pernah buat. Kopi yang terbaik sememangnya kopi buatan tok aku, satu kampung tau mengorder kopi tok aku..ahahaha...

Disini Kopi Luwak dihidang di dalam teko kecil bersama-sama dengan Kopi Bali, Minuman Coklat, Kopi serai, kopi halia, dan kopi Ginseng. Semua minuman-minuman ini adalah percuma, kecuali Kopi Luwak yang mana Kopi Luwak berharga 30,000 idr atau RM10 untuk secawan..Mahalllll..

Tahu tak kenapa Kopi Luwak mahal? tahi musang kot, siapa sanggup telan tahi musang? actually musang mempunyai deria tajam untuk memilih kopi yang terbaik dan benar-benar masak untuk dimakan. So musang memang pandai bijak lestari dalam memilih kopi terbaik kan..

Cara minum kopi luwak juga berbeza, kita boleh minum tanpa gula, tambah gula perang atau gula putih. Pendapat aku bila mencuba ketiga-tiga cara neh ialah Kopi Luwak + Gulu Putih rasanya seperti kopi biasa yang plain..tiada yang menarik. Kopi Luwak tanpa gula rasanya tawar dan Kopi Luwak + gula perang rasanya lebih sedap. Tapi Kopi Luwak masih belum dapat melawan kopi buatan tok aku kat kampung nun di Baling Kedah nuh...

Bagi yang berminat nak dapatkan Kopi Luwak boleh memberi terus di kedai di kebun kopi ini, tapi ingat yea 100g kopi luwak bersamaan RM180. Terdapat coklat pelbagai perisa juga dijual disini.


comel kan gadis-gadis pembuat kopi neh. 

pasangan pengantin baru yang sedang menanti kelahiran baby pertama mereka. 

nampak tak musang tuh, nakal kan 


lelong lelong lelong, buah banyak murah




Dari kebun kopi kami terus bergerak ke Kintamani untuk makan tengahari. Kami berhenti makan di restoran Kintamani yang terletak betul-betul berhadapan dengan Gunung Batur. Permandangan sangatlah indah, cuaca yang sejuk terasa seperti berada di Cameron Highland. Di restoran ini kami makan secara buffet dengan bayaran 100,000 idr per kepala ditambah dengan 21,000 idr tax. Terdapat pelbagai makanan yang disediakan untuk semua pengunjung. Tak menang mulut untuk mengunyah semuanya. huhu. 

Dari Kintamani kami mula bergerak turun ke Tegallalang. Untuk masuk ke kawasan Tegallalang kami dikenakan bayaran 20 000 idr per kereta. Seingat aku bulan Ogos 2013 aku kesana masih belum dikenakan apa-apa bayaran. Pandai yea mereka mencari duit, nak tengok padi sawah tepi jalan pon dah kena bayar sekarang. layan kann ajela.. Macam biasa tarikan disini adalah pemandangan padi Bukit, memang indah. Nasib kami memang agak baik setelah hampir 10 minit menghabiskan masa disitu dengan mengambil gambar dan sebagainya hujan mula turun, mulalah kami berlari-lari laju menuju ke kereta. Sepanjang jalan seterusnya kami lena di buai mimpi. 

btw: pernah rasa Ayam Tulang Lunak Malioboro di Bali? Cubalah rasa bagi yang tak pernah. 

Tuesday, August 26, 2014

Tips Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Asalamualaikum...

Orang tua-tua cakap dari mata turun ke hati, bila berjumpa dengan orang benda pertama yang kita akan lihat bila berkomunikasi dengan orang tuh adalah matanya kan, tentu segan bila bawah mata kita neh dah kalahkan mata panda. Hitam! Lesu! dan Berkedut-kedut. Kali ini saya nak kongsi sedikit beberapa cara bagaimana mahu hilangkan hitam di bawah mata. Jom baca:

1) Ubah Diet kita: segan kan bila bawah mata ada bulan sabit berwarna hitam bergantungan di kanan dan kiri mata. Ahaaa sebaik-baik nya apa kata kita semak semula apa yang kita sumbat setiap hari kerana apa yang kita makan akan membentuk diri kita. Sebagai contoh makanan yang mengandungi garam yang banyak dan minuman beralkohol boleh menyebabkan badan kita 'bloat'. Ehemm macam mana nak jelaskan yea, pernah tengok cerita korea? ahaaa bila they all tido then esok nya bangun pagi tengok muka depa macam kembang semacam jea kan..lebih kurang gitulah 'bloat' neh.. so bila kita kurangkan makanan seperti di atas for sure mata kita juga akan mendapat masa rehat yang lebih dan tidak bengkak kan.

2) Berhenti menggosok mata: geseran yang berpanjangan antara jari kita dan kulit di bawah mata boleh menyebabkan bawah mata kita menjadi gelap. Geseran boleh menyebabkan pigmentasi kulit bertukar gelap dan ini merupakan satu habit yang buruk selain dari membuatkan kuman berpindah ke muka kita juga.

3) Pakai Sunscreen: Bila keluar dari rumah contohnya nak berjimba-jimba di pantai, jangan lupa sapu sunscreen di tubuh kita yang terdedah kepada cahaya matahari tau, ini termasuklah di kawasan bawah mata. Tapi hati-hati jangan sampai termasuk dalam mata pula. 

4) Gunakan Jari Manis: bila kita memakai alat solek atau mengenakan foundation atau concealer di wajah dengan menggunakan jari, gunakakan jari manis kerana jari manis merupakan jari yang paling lemah dari semua adik beradiknya yang lain. Ini adalah kerana kurang geseran yang dikenakan di bawah mata adalah lebih baik. Kita perlu membelai kawasan bawah mata kita sebaiknya kerana ini merupakan kawasan sensitif kan. 



5) Uncang Teh Sejuk: selepas membancuh secawan teh jangan dibuang pula uncangnya. Sebaliknya simpan uncang teh tersebut ke dalam peti sejuk selama 10 minit atau lebih untuk menyejukkannya. Kemudian berbaring dan letak uncang teh tersebut ke atas mata anda selama 15 minit. Bukan sahaja aktiviti akan menenangkan kita malahan ia turut membantu mata untuk berehat. Uncang teh yang sejuk ini akan melegakan kulit di sekitar mata dan mampu mengurangkan bengkak dan warna hitam bawah mata.

6) Tanggalkan mekap di wajah: Selepas seharian di luar, ketika pulang di rumah pastikan kita menanggalkan semua mekap yang terdapat di muka. Ingat, jangan tidur bersama mekap!



7) Guna sudu!: ok pernah tak masa makeup time kahwin dulu, mak andam akan sapu-sapu kan ketulan ais dimuka sebelum sesi makeup bermula dengan tujuan nak buatkan kulit kita segar. Ahaaaa lebih kurang jugak lah konsep guna sudu neh. Sebelum tidur celupkan 2 sudu ke dalam air kemudian angkat dan terus simpan ke dalam peti sejuk semalam. Kemudiaan esoknya ambil sudu tersebut dan letak lah di kawasan sekitar mata selama 10 minit. Ahaaa pasti segar rasanya. Rasa sejuk dari sudu akan membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan membuatkan kulit kita lebih cantik selepas makeup tau. 

ok now nak cerita tentang Enfuselle Eye Treatment yang boleh hilangkan mata panda:

Beberapa minggu lepas saya ada membeli produk penjagaan mata dari Shaklee iaitu Enfuselle Eye Treatment dengan harapan untuk melihat sendiri keberkesanan produk ini. Saya pakai dua kali sehari iaitu ketika waktu pagi dan ketika sebelum tidur. Untuk pengetahuan semua, cara untuk menggunakan cream ini adalah sangat mudah. Picit sedikit sahaja di hujung jari kemudian dap ( tepuk-tepuk halus ) di sekeliling mata. Jangan sapu atau tekan kuat-kuat yea, cukup sekadar tepuk-tepuk manja gitu di sekitar bawah mata. Setelah 30 saat kita menepuk kawasan itu, kulit yang terkena cream itu akan terasa agak panas. Tengah menyerap lah kot yea.. hehehe..

Hampir dua minggu mencuba sendiri produk neh apa yang boleh saya katakan ialah Shaklee memang tak mengecewakan pengguna setia mereka. Hitam di bawah mata saya yang kalahkan panda neh mula berkurangan. Maaf ye saya tak cakap hilang terus, mana ada produk sekali dua pakai terus hilang hitam tuh, bukan pakai kapor kasut kan..haha. Garisan-garisan bawah mata juga mula menjadi lebih halus. Takpe-takpe, saya akan teruskan eksperimen neh selama beberapa bulan, tak sabar rasanya nak hapuskan semua kesan hitam dan garis-garis manja bawah mata neh.  kita akan tahu keadaan bawah mata saya setelah beberapa bulan menggunakan produk neh nanti. Sabar tau.

Jom kita tengok kebaikan produk neh:





Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
 
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Bagi yang berminat nak dapatkan produk ini, jom order disini

ORDER ORDER ORDER

atau anda juga boleh membuat pembelian terus melalui link di bawah tanpa menghubungi saya. Penghantaran terus dari HQ dan akan sampai dalam masa 2-3 hari bekerja.

Enfuselle Eye Treatment

Azmalinda Azai
ID 1159479
SMS/Whatsapp/WeChat/Telegram: 013-4664540
email: azmalindaazai@gmail.com

Monday, August 25, 2014

Istiadat Penghormatan Mangsa Tragedi MH17 dan Laluan Terakhir Jenazah


Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Jumaat penuh barokah. Dan Jumaat pada 22 August 2014 memberi makna yang cukup mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya keluarga kepada mangsa tragedi penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Upacara Istiadat Penghormatan dilaksanakan bagi menghormati jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat khas Malaysia Airlines membawa 20 jenazah mangsa Tragedi MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol pada jam 8 malam waktu Malaysia semalam (Khamis 21 Ogos) untuk disemadikan di tanah air. Ia dijangka tiba di KLIA jam 10 pagi hari ini (Jumaat) dan bakal disambut dengan istiadat penuh ketenteraan.





Daripada 20 jenazah ini, tujuh belas diletakkan di dalam keranda manakala tiga jenazah telah dibakar dan diletakkan di dalam bekas abu.

Menurut Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, lapan lagi jenazah warga Malaysia sudah dikenalpasti dan akan diusahan untuk dibawa pulang bermula Ahad ini secara berperingkat.

Siaran langsung istiadat penghormatan jenazah juga dapat disaksikan di skrin besar di Dataran Merdeka dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jemaah menteri, menteri besar, ketua menteri dan keluarga mangsa.


Kita doakan majlis istiadat ini berjalan dengan lancar dan semua keluarga tabah menghadapi situasi ini.
Al-Fatihah buat mangsa tragedi dan keluarga.

 Berikut adalah pergerakan terakhir jenazah tragedi MH17 selepas upacara istiadat selesai.

1. Mastura binti  Mustafa:
Laluan: KLIA-LRUS-Tol Senawang-Jln Seremban-Kuala Pilah-Masjid Taqwa, Paroi-Tanah Perkuburan Paroi.

2. Ahmad Hakimi Hanapi:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-Lebuh Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin-Lebuh Precint 20

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin:
Laluan: KLIA- L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Wangsa Maju (Rumah Jenazah)-Tanah Perkuburan Gombak

4. Nur Shazana Mohamed Salleh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-L/raya Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin - Lebuh Precint 20

5. Dora Shahila Kassim:
(akan diberitahu kemudian oleh PDRM)-Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara

6. Foo Ming Lee:
Laluan: KLIA- L/rata Elite-L/raya Max- Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

7. Karamjit Singh Karnail Singh:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya KESAS-Susur Seksyen 20-Nirvana Shah Alam

8. Ng Qing Zheng:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

9. Mabel Anthony Samy:
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

10. Paul Rajasingam Sivagnanam: 
Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

11. Elisabeth Ng Lye Ti:
Laluan: KLIA-L/raya  Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Bulatan Kuari-Xiao En Bereavement

12. Lee Hui Pin:
Laluan:KLIA- L/raya Elite- L/raya Kesas-Susur USJ-Rumah Mangsa

13. Angeline Premila Rajandaran:
Laluan:KLIA- L/raya Elite-L/raya Kesas-Susur Banting/Klang-Jln Ampuan Rahimah -Rumah mangsa

14. Ariza Binti Ghazalee:
Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)

15. Muhammad Afif Bin Tambi:
Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)

16. Rahimmah Noor:
Laluan: KLIA-LTAS Ipoh (Charlie C130) LTAS-Jalan Persiaran Azlan Shah-Jalan Azlan Shah-Jejantas Jalan Gopeng-Jejantas Pantai Puteri-Jalan Tambun-Jalan Tambun Ampang-Tanah Perkuburan Kg Masjid Lama Tambun, Ipoh.

17. Chong Yee Pheng:
KLIA-LTAS Ipoh -Jalan Persiaran Azlan Shah-Rumah

18. Azrina Binti Yakob:
Laluan: KLIA -LTAS Ipoh (c)-LTAS-LP Tekah, Taiping, Jalan Tekah-Masjid Al Hidayah Assam Kumbang-Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, Taiping.

19. Mohd Ali Md Salim:
Laluan: KLIA-IKBN Pagoh (LP-Helikopter)-IKBN-Jalan Pagoh-Pekan Pagoh-Jalan Sengkang-Jalan Kg Raja (Tanah Perkuburan)

20. Hasni Hardi Bin Parlan:
Laluan: KLIA-LP Padangan B Sek.Tinggi Segamat (Helikopter)-Masjid Jamek Segamat-KM185-198 Jalan Johor Bahru-Seremban-Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kg paya Luas, 85100 Batu Anam, Segamat Johor.

CREDIT: http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/


Jika Itu Takdirnya Redhakanlah Pemergian Mereka


Jika Itu Takdirnya.. Redhakanlah

Sedih.... Sebak.... Sayu....

Hari ini seluruh negara kesuraman.... Kesedihan... Sedih menerima kepulangan 17 keranda kayu dan 3 bekas abu mayat penumpang MH17. Pagi-pagi lagi siaran secara langsung di kaca televisyen memaparkan persediaan menerima kepulangan jenazah mereka yang terkorban dalam nahas di sempadan Ukraine. Bayangkan jika kita adalah salah salah seorang ahli keluarga mangsa... Apakah perasaan kita ketika ini?? Allahurobbi... Hanya Allah yang lebih mengetahui...

Antara gambar yang saya ada untuk tatapan pembaca semua mengenai nahas yang berlaku di sempadan Ukraine.

Di sini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam nahas berkenaan... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang beragama Islam.


Ini hanyalah sebahagian dari jenazah yang terkorban. Hanya 20 orang yang di bawa pulang hari ini. Jika itu takdirnya... Redhakanlah pemergian mereka semua... Sudah sampai ajal mereka. Kita yang masih hidup ini, tingkatkanlah amal ibadah untuk di bawa ketika bertemu Pencipta.
Saya berharap, semua ahli keluarga mangsa yang terlibat akan tabah melalui ujian Allah ini. 
Perjalanan mereka di dunia telah pun berakhir... Mereka melalui perjalanan alam barzakh untuk menuju ke alam yang kekal abadi... Doakanlah yang terbaik untuk mereka...
Sejak awal pagi lagi, persediaan rapi telah di buat untuk menyambut ketibaan jenazah. Kereta-kereta ambulans telah bersedia menanti di kompleks ketibaan Bunga Raya 2..


Si anak yang kehilangan ibu....

Si kecil yang kehilangan ayah....
Dokanlah kesejahteraan mereka di alam sana. Yang pergi takkan kembali lagi... Tingaktkanlah amalan sementara berkesempatan. Peringatan untuk diri saya sendiri...
Amin....amin...amin

 CREDIT: VITAMIN TERBAIKKU

MH17 Sentiasa Dalam Ingatan

MH17 sentiasa dalam ingatan

Assalamualaikum....

Sayu hati bila terkenangkan mangsa-mangsa MH17. Kita sebagai orang luar pun sedih mengenangkan mangsa tragedi yang ditembah jatuh di Ukrain itu, apatah lagi keluarga mangsa.

Cuaca turut sedih menerima kepulangan jenazah-jenazah mangsa nahas MH17...mendung dan suram aje. Hari ini, saya dan krew unit konti TVS mengambil inisiatif menyiarkan siaran langsung Istiadat Penghormatan Jenazah MH17 dari Kompleks Bunga Raya KLIA menerusi laman sesawang http://tv.selangorku.com.

Semua stesen televisyen dan radio diarahkan tidak menyiarkan sebarang bentuk hiburan bagi menghormati mangsa tragedi MH17.
Bayangkan, dari 40 lebih penumpang kita yang terkorban, hanya 20 sahaja yang di bawa pulang hari ini. Namun, 8 orang lagi mayat warga negara kita yang kini ditempatkan di Amsterdam telah dikenalpasti identitinya dan berkemungkinan akan di bawa pulang ke tanah air dalam waktu yang terdekat.

Al- Fatihah buat mangsa tragedi dan keluarga. Moga mereka tabah hadapi dugaan ini. Amin

CREDIT : SAYANGKAN DIRI

Tuesday, August 19, 2014

Photoless Wednesday

"Following your dream is no guarantee of an easy ride. Life usually becomes more challenging, but you embark on an outer journey which starts the inner journey. You have a chance to blossom – to see who you really are. Doing what you love it’s not a recipe for an easier life, it’s a recipe for an interesting life. It doesn’t matter what type of dream you aim for, either in a form of material or achievement or both, don’t let it die."

Wednesday, August 6, 2014

Tips dapatkan Kulit Cantik

ehem ladies, lama rasanya tak kongsi tips kan, so hari ini aku nak share sikit beberapa tips untuk dapatkan kulit cantik,sihat dan gebus. wah wah wahhhh...selain amalkan supplement Shaklee, ada juga beberapa cara tambahan untuk mempercepatkan proses kulit kita untuk glowing tau. Jom baca :




Kulit kita merupakan organ terbesar kita, dan ia merupakan salah satu bahagian yang mempunyai fungsi yang penting. Kulit kita bertindak sebagai pengawal suhu badan, memberikan kita input deria sentuhan, dan membantu membuang air sisa dari badan melalui peluh. Kita perlulah menjaga kulit untuk kekal cantik kan, so itu adalah beberapa sebab kenapa ianya sangat penting untuk menjaga kulit kita dengan baik.

Tips 1: Pakailah pelindung matahari ( sunscreen )


Setiap hari kita keluar bekerja, keluar mencari rezeki dan kulit kita terdedah kepada sinar ultraviolet dari matahari. So kita perlulah menjaga kulit kita daripada terkena sinar uv kan. Bila kita menjaga kulit dengan mengurangkan dedahan kulit kepada sinar uv secara tak langsung kulit kita akan lebih licin, lebih tona sekata dan kelihatan lebih muda. Tahu tak, Sinar UV merupakan salah satu punca utama kerosakan kolagen, sedangkan kolagen sangat penting untuk kulit kita. Kolagen bertindak untuk menyokong kulit dan membolehkan ia mengekalkan bentuk kulit kita. 

Jadi untuk perlindungan maksimum, kita perlu gunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi yang menyenaraikan zink oksida, titanium dioksida, atau avobenzone sebagai salah satu bahan-bahannya. 

Tips 2: Pastikan dapat tidur dengan cukup!


Apabila kita tidur, enzim membantu memperbaiki kulit kita dengan membuang segmen rosak DNA daripada sel-sel kulit. Jadi adalah penting untuk mendapatkan 6-8 jam tidur setiap malam untuk memberikan sel-sel kulit kita peluang untuk berehat. Berikan kulit kita ruang untuk membaiki diri dan sudah pasti selepas bangun tidur, kulit kita akan lebih segar dan glowing gitu.

Tips ketiga: Jangan sesekali tidur dengan make up!

Apabila balik rumah lewat, letih sangat setelah seharian bekerja, apa yang kita inginkan adalah terjun atas katil dan lena dibuai mimpi. Tapi tolonglah jangan lupa untuk mencuci muka terlebih dahulu sebelum tidur tau. Bila kita tak tanggalkan make up dari wajah, ia akan masuk ke dalam pori-pori dan menyebabkan pori-pori wajah kita tersumbat. Haa mula lah esok paginya kulit muka berminyak yakmat dan menyebabkan muka naik cik J kan. Alahai stressnya. 



Tips Keempat: Gunakan set penjagaan muka dengan seimbang

Ok bila bercakap tentang set penjagaan muka neh, kat pasaran memang berlambak-lambak jenama yang boleh dibeli dan kita sebagai pengguna rasanya macam tak cukup tangan. Kalau boleh nak cuba semua kan. Jangan ye sayang-sayangku sekalian. Memang betul kunci untuk penjagaan kulit yang baik adalah dengan memberikan keperluan yang diperlukan oleh kulit, tapi janganlah berlebihan. Ingat, Less is More. 

Sebagai contohlah kan, jika kita mengunakan satu produk yang bertujuan untuk menghapuskan lebihan minyak dari kulit demi untuk menghapuskan jerawat, bila terlebih guna ia boleh menyebabkan kulit kita kering. Kulit kita akan bertindak balas dengan membuat kelenjar minyak kita bekerja lebih masa untuk menghasilnya minyak yang hilang tuh. at the end muka akan lebih berjerawat.



Tips Kelima: Smile! 

Tips yang terakhir adalah kita perlulah senyum senantiasa. Smile is the best makeup that a girl can put on her face kan. Orang lain yang tengok pon sure-sure gembira, betul tak.

ok done! Senyum-senyum selalu dan selamat beramal.

Jom tengok suplement shaklee untuk dapatkan kulit cantik:



Monday, July 21, 2014

Vita C Sustained Release Face Mask


hello great ladies out there, today aku nak share sikit cara-cara macam mana nak buat masker dengan menggunakan vitamin c sustained release from Shaklee. Best tau sebab aku sendiri dah cuba kat umah. Masa aku buat tuh aku guna sebiji pil kongsi tiga orang, aku, adik aku dan mak aku. Haaa tengok dengan sebiji pil sahaja boleh pakai berapa banyak muka. Mak dan adik aku sendiri mengakui muka depa sememangnya jadi lembap dan lembut selepas pemakaian mask muka vita c untuk kali pertama. Jom kita tengok step by step how to make mask muka vita c by shaklee neh.




ok pertama sekali sebiji pil tuh sila lah potong kepada tiga bahagian seperti di atas, kita nak guna satu bahagian sahaja tau. Lagi dua bahagian tuh boleh simpan untuk pakai kemudian hari.


kedua, hancur dengan sudu hingga menjadi serbuk halus seperti di atas yea.



ketiga, masuk kan setimba air perigi, eh silap! masuk kan sesudu besar air sahaja, kacau dan biarkan serbuk tadi kembang dan cair.



keempat, bila dah dapat sebatian yang begini, bolehlah letakkan di muka dengan sapuan nipis ke atas kulit muka. Ingat tau ladies, jangan lupa cuci muka dahulu before apply mask muka neh.


Lastly, biarkan kering di muka selama 30 minit di muka. selepas 30 minit boleh la cuci muka dengan air bersih.Wahh now mesti lembut gila kan pipi korang semua. wajib cuba tau.



jom tengok kebaikan vita c sustained release untuk kulit kita:

kebaikan vita c sustained release


bagi yang nak dapatkan vita c sustained release, sila hubungi saya seperti di bawah:


Azmalinda Azai
ID 1159479
SMS/Whatsapp/WeChat/Telegram: 013-4664540
email: azmalindaazai@gmail.com