Sunday, October 27, 2013

BALI 14-18-08-2013 PART 5 -perjalanan yang mencemaskan


Arie dengan semangatnya mengambil lorong kiri dengan harapan dapat la p tengok mayat tanpa kuburan. Aku duduk bonceng motor senyap-senyap dekat belakang, sebab aku tak pernah tahu tentang mayat tanpa kuburan neh. Arie cakap dia ada tengok kat facebook, so dia memang semangat nak p tengok sendiri. Jalan yang kami lalui adalah jalan menuruni bukit, sunyi, sepi..motor kami sahaja berada di jalan tuh. Dalam 10 minit kemudian, motor pemuda yang di simpang yang promot tempat tuh tadi memintas motor kami.

"Mahu lihat kuburannya pak?Ikutin saya"

kami teruskan perjalanan dengan ikut pemuda tuh tanpa rasa curiga..

*
**
***
****
10 minit berlalu.
*****
******
*******
********
20 minit berlalu.

haishhh hati aku dah mula tak senang. Apasal jauh sangat nak sampai ke tempat tuh, dari tadi ikut tak sampai-sampai.

Jalan yang kami ikuti memang betul-betul sunyi, cuma motor kami dan motor pemuda tuh di hadapan.
dalam hati aku dah mula fikir macam-macam.

macam mana kalau kawan-kawan dia dah tunggu tepi hutan dekat mana-mana, ntah-ntah nak kena rompak ke aku ngan laki aku neh.

boleh percaya ke mamat neh, dok sms calling-calling sapa time bawak motor tuh? takkan contact kawan-kawan dia suruh get ready.

kalau lah aku mati kan Indon haishhh ntah dapat balik Malaysia ke tak mayat aku neh, ntah-ntah dicampak nya dalam tasik tepi tuh.

seriously time tuh memang macam-macam perkara buruk terbayang dalam otak aku. whatthehell kami tak kenal pemuda tuh dengan rela kami ikut dia melalui jalan tepi-tepi hutan. sunyi. anything can happen.
aku tak tahu apa aku perlu lakukan time tuh. Dibuatnya memang kami kena rompak lepas tuh, apa tindakan aku.
Nak lari patah balik ke simpang tadi? jauh yakmatt..
nak larikan diri dengan motor serious aku memang tak pandai bawak motor.
Nak melawan? eh ntah-ntah ada kawan-kawan dia sedang tunggu.

think. think. think. muka dah mula biru, hati memang dah tak senang. Pelan-pelan aku bisik kat Arie;

"Abg awat jauh sangat nak sampai, ntah-ntah dia tipu kita kot. ka nak rompak kita?"

Arie mula tak sedap duduk. lalu dia bawak motor laju sikit p dekat dengan pemuda tuh.

"Jauh lagi ka?"

"Dekat aja, mentar lagi sampai"

ah tak boleh jadi neh, aku keluarkan camera, aku ambik gambar pemuda tuh dari belakang. Biar lah tak nampak muka janji neh boleh jadi bahan bukti jika terjadi apa-apa nanti.

Arie terus ikut. Aku plak makin gelabah, dibuatnya memang betul-betul kami kena rompak macam mana? aku perlu fikirkan back-up plan. I have to do something. So aku pelan-pelan bukak dompet tarik semua duit emergency travel kami dan credit card simpan di tempat paling selamat.

maksud aku...tempat paling selamat iaitu di dalam baju dalam.
Kanan dan Kiri.

HELLO, bunyi memang macam lawak tapi dibuatnya memang betul kami kena rompak hari tuh atleast we got back up plan, dengan duit yang ada tuh cukuplah kot nak balik kuta then beli tiket balik Malaysia.

perjalanan masih diteruskan, aku senyap di belakang seat motor. Kami tiba di sebuah perkampungan tepi Tasik Batur; bila aku terlihat sekeluarga orang putih sedang ready nak memancing di tepi tasik tuh, terus hati aku lega maknanya kami selamat.

alhamdulillah.

nampak pemuda tuh..ehehehe..kasi suspen betul jea perjalanan kali neh.




Saturday, October 26, 2013

Camera Museum Pulau Pinang



asalamualaikum..

Last week, Arie and me went to the latest Penang attraction- Camera Museum. With 3,500 sq ft Camera Museum located in the heart of Georgetown Heritage Zone. At there, we discovered hundred of fascinating vintage cameras from all over the globe. BTW, it have more than 300 rare antique cameras even way before thousand of years. For your information, this museum is actually the first Camera Museum in the South East Asia.

Tickets:
ADULT   : RM 20
STUDENT CARD : RM 10
SENIOR CITIZEN: RM 10
CHILDREN BELOW 12 : Free entry

When we was there, the guide tour was really helpful. He explained to us everything about the camera display, how to use it, and how the camera actually operated. He led us to every room and then explain to us the operation of those room, ex: how to process film in the dark room, how to use the obscure camera, and even how to use pinhole camera. During there, you can even hands on a few cameras and you know what, it actually worth every penny you spend over there.

The Highlight for visitors:
- Dark Room
-Pinhole Room
-Obscura Room
-World War Cameras
-Spy Cameras
-Large Format Cameras
-Vintage Toy Cameras
-Vintage Professional Cameras
-Vintage Camera Accessories
-Timeline of Camera Evolution
-Snap Shop
-Double Exposure Cafe

49, Lebih Muntri, 10200, Penang. Malaysia
Official Website : http://thecameramuseum.com/
Facebook Page : https://www.facebook.com/PenangCameraMuseum

Contact : 04 – 261 3649 / 012-611 6267
Operation Time : 9.00am – 8.00pm (Daily)

The Camera Museum @ Lebuh Muntri, Georgetown















Friday, October 25, 2013

BALI 14-18-08-2013 PART 4


Day 3:

entrance kintamani      : 10,000 idr
sampan di tasik batur  : 250,000 idr
Tempak Siring           : 30,000 idr

From Bali with <3

Hari ketiga kami keluar dari hotel seawal jam 6.30pagi. Jauh perjalanan pagi neh kerana kami akan explore kawasan Ubud dan Kintamani. Walaupun seawal jam 6.30pagi, jalan di Kuta sesak dengan kenderaan, cuaca pulak mendung jea pagi tuh. Dengan jalan sesak kami kebasahan dalam hujan rintik pagi. hmmm awal-awal pagi dah basah, camna nak survive sepanjang hari.

Jauh terasa perjalanan ke Ubud, dalam jam 8 lebih kami sampai ke kawasan Ubud. Ubud totally different from Kuta. Kuta memang sentiasa macet, sentiasa busy, sentiasa penuh dengan pelancong luar. Tapi di Ubud udara lebih nyaman, lebih rilex, no wonder lah sesetengah pelancong luar yang nak menenangkan diri lebih prefer Ubud compare to Kuta. Ubud merupakan pusat kebudayaan yang turut menyumbang kepada industri pelancongan Bali. Kat sini memang banyak lah arts and culture centres yang boleh di lawati.

info sejarah:
Kalau mengikut akak wiki, kota Ubud neh pada masa dulu merupakan tempat untuk dapatkan ubatan herba dan tumbuhan, so nama Ubud neh dapat dari perkataan UBAD ( medicine ).

Setibanya kami di Ubud, terus kami parkir motor di tepi padang awam, kawasan padang agak meriah. Kelihatan setompok ada sukaneka untuk budak-budak tabika, alahai comel jea melihat kaki-kaki pendek tuh berlari mengejar kawan, sampai tergolek-golek pon ada. Di setompok lain plak budak-budak sekolah berkumpul sebab hari tuh akan diadakan raptai sambutan kemerdekaan Indonesia. Punyalah ramai budak sekolah, yang paling best budak-budak sekolah neh depa angkut dengan lori ja. Penuh belakang lori budak-budak neh berdiri. Berlori-lori datang ngantar budak-budak neh ke padang.

Di Ubud, tempat pertama yang kami kunjungi adalah Puri Sari Agung ataupon Royal Palace. Istana yang tak berapa nak menarik pun actually, masuk adalah percuma so kami sekadar mengambil gambar dan melihat kawasan sekitar. Banyak kawasan di dalam istana neh pengunjung tak dibenarkan masuk. Actually aku teringin nak datang tengok istana neh sebab masa aku layan tv dulu yang dok cerita sal tempat neh, bukan main lagi pengacara tuh boleh jumpa kerabat raja. Siap kerabat raja tuh p tunjuk-tunjuk tempat around istana. Time aku datang aku jumpa tukang kebun jea...INI TIDAK ADIL! TIDAK ADIL! Bagi Ku!

Keluar jea dari istana, kami terus ke Pasar Ubud, kat sini lebih kurang pasar pagi kat Malaysia ja. Banyak barangan seni dijual disini. Masa aku strolling along market tuh, aku ternampak hiasan cantik ala-ala piring berwarna-warni. Aku pon tanya lah harga berapa, dia plak tanya aku nak beli dengan harga berapa. Bila aku state out harga aku dia cakap tak boleh, dia suruh up lagi. Memang aku malas lah nak melayan, aku nak blah jea dari situ...tetiba dia dok merepek-repek cakap aku tak patut dok tanya harga kalau tak mau beli. ERK.

pengajaran disini: Jangan tawar menawar kalau takde hati nak beli.

dalam kami berjalan sekitar Ubud, masa kat situ kami sempat tengok satu upacara keagamaan dijalankan. Perarakan yang melibatkan ramai peserta dengan yang main musik, dengan perarakan wanita-wanita membawa sembahan ( betul ke term aku neh ), memang menarik minat pengunjung luar sepanjang jalan tuh.

Hari masih awal, kami lepak-lepak di padang bola tadi untuk melihat raptai perarakan sambutan kemerdekaan. Menarik .Untung pergi indonesia saat-saat depa nak sambut kemerdekaan, boleh gak tengok acara-acara yang dijalankan.

Dari Ubud kami bergerak ke Tegallalang yang jauhnya lebih kurang 10km dari situ.  Naik bukit sepanjang jalan. Tujuan kami ke Tegallalang adalah untuk melihat padi bukit yang popular tuh. Kalau dulu zaman aku belajaq gambaq padi bukit neh ada dalam buku-buku rujukan. cantik kemain lagi. Now dapat tengok sendiri terus rasa puas hati. Padi bukit neh memang tepi jalan jea, kami parking jap tepi jalan pastu snap-snap pictures tanda dah sampai. Kami malas nak ke batas-batas padi macam orang-orang putih dok buat. Depa lain cerita la sebab dekat amerika memang takdak batas sawah, aku neh belakang rumah, tepi rumah memang sawah. Kalau takat bergolek mandi dalam sawah tuh memang dah biasa. ecewah.

Dari Tegallalang kami teruskan perjalanan ke Kintamani. Ke sana lebih kurang 30 minit dari Tegallalang. Senang jea nak ke Kintamani, dari padi bukit tuh straight jea jalannya naik bukit. Macam mana nak tau kita dah sampai Kintamani? Kita akan tau bila kita ditahan oleh orang-orang tiket yang mintak duit entrance masuk kawasan kintamani.  Aku pon pelik sikit dengan tempat-tempat wisata di Indonesia neh, semua kena bayaq duit entrance dulu. Duit entrance, kemudian duit parking, kemudian duit ticket masuk..haaaa.. tapi nasib baik murah-murah jea. So harga entrance ke Kintamani cuma 20,000 idr sahaja untuk 2 orang.

Kintamani neh memang betul-betul atas bukit, mengadap Gunung Batur yang merupakan tarikan utama tempat neh. Cuaca di atas sana sejuk-sejuk kuku. Nyaman. Sepanjang jalan di atas sana dipenuhi dengan restoran. Senang nak paham gini, kalau nak ambik gambar Gunung Batur kena la berhenti makan dekat restoran-restoran yang ada tuh. So kami memang takdak niat nak berhenti makan pon, sekadar nak cari pitstop untuk berhenti ambil gambaq ja. jalan, jalan, jalan, takdak tempat sesuai. Dihujung jalan ada 2 simpang ke kanan dan kiri. Di tepi-tepi simpang neh ada lah pemuda-pemuda yang dok promot tempat-tempat berdekatan; ada satu tempat tuh perkuburan tanpa mayat. Arie dengan muka penuh minat terus amik simpang sebelah kiri dengan niat nak pergi tengok perkuburan tanpa mayat.

Bersambung....

Sekitar Kuta yang damai

Muka poyo


The Royal Palace



Arie tayang perut yang makin buncit

seorang budak sedang membeli kuih di pasar Ubud




Kuih Cara versi Indonesia kah

perarakan di jalan raya



bakal jadi bab1 guling

Kids around Ubud

Not so Kid..errr


I love this pic and I love the kid in the pic


















The Green Tegallalang



us















Monday, October 21, 2013

BALI 14-18-08-2013 PART 3

dengan kawan baik.cuak.
Entrance Uluwatu: 15,000 idr
Parking Motor    : 2,000 idr
Kecak Dance     : 60,000 idr (local price)

Kami keluar dari Garuda Wishnu Kencana lepas matahari memuncak. Perjalanan diteruskan ke Pura Uluwatu yang jauhnya lebih kurang 9km dari Garuda Wishnu Kencana. Kalau ke Bali, kita akan perasan yang kebanyakkan Pura berada jauh di atas bukit atau berjauhan dari laut. Masyarakat disitu percaya tentang kewujudan ratu laut selatan iaitu Ratu Kidul. Ratu Kidul dikatakan suka kepada warna hijau, so kebanyakkan pengunjung tak digalakkan memakai pakaian berwarna hijau seandainya ke kawasan pantai. Terdapat sesetengah hotel di Bali jugak menyediakan bilik khas untuk sang ratu. Cerita paling terkenal adalah Kamar 327 dan 2401 di Hotel Grand Bali Beach. Kamar 327 merupakan satu-satunya bilik yang tidak terbakar dalam peristiwa kebakaran besar pada Januari 1993. Selepas dari peristiwa itu, bilik itu sentiasa dihias dengan warna hijau, dan diberi suguhan (sajian ) setiap hari. Bilik itu kosong tak dihuni oleh sesiapa dan dipersembahkan untuk Ratu Kidul. Selain Hotel Grand Bali Beach, Hotel Samudra Beach juga menyediakan bilik khusus untuk Ratu Kidul. Di Yogjakarta, Hotel Queen of the south dekat dengan Parangtritis turut menyediakan bilik bernombor 22 untuk Ratu Kidul.

Untuk masuk ke Pura Uluwatu, semua pengunjung perlulah berpakaian dengan sopan. Bagi lelaki yang memakai seluar pendek di atas paras lutut dan perempuan yang tak berapa nak tutup aurat; depa akan bagi kain batik untuk dipakai. Sehelai kain kuning juga akan diberikan untuk di ikat di sekeliling pinggang. Actually bila kat sini kena hati-hati sikit. Banyak tau monyet-monyet nakal yang sentiasa memerhatikan pergerakan kita. Sebagai contoh masa aku p hari tuh, ada sekor monyet tuh sempat jea curi selipar seorang perempuan yang tengah berjalan. Heh hebat betul. Tapi jangan risau kalau belongings hangpa kena curi dengan monyet sebab nanti akan ada seorang pakcik neh menggunakan skil-skil terbaik untuk dapatkan semula barangan tuh. tapi korang jangan lupa bagi upah la, bukan free yerk...aku pernah lah terbaca tentang kehebatan monyet-monyet neh, bukan takat cermin mata hitam, gelang emas pon dia pernah calas! amboi dah tahap menyamun tau monyet-monyet neh.Nakal you!

tapi kan, senakal-nakal monyet neh, aku lagi takut dengan monyet-monyet di Tasik Dayang Bunting, ganas kot. ada sesetengah orang cakap neh semua scammer. train monyet untuk rampas barang then dapatkan balik barang tuh untuk dapat upah. ntahla. bersangka baik sajalah lagi senang.

Berbeza dengan monyet yang berada dalam kawasan pura, alahai sangatlah mesra rakyat. Pengunjung bukan main suka lagi dengan monyet-monyet jinak neh. Siap boleh bagi makan and posing ambik gambaq lagi..yang sekor monyet tuh dala dengan badan agam perut buncit, kami bagi kacang pon dia buat dono, tahap kenyang dah kot. tak layan dah kacang-kacang semua tuh.

Kawasan atas bukit menghadap laut lepas neh memang sangat cantik!~ So sambil tunggu persembahan kecak dance pada jam 6.30petang, korang boleh la lepak-lepak pusing kawasan tuh dulu. Memula kami ingat nak kena beli tiket dekat kaunter depan, tapi sebenarnya depa jual tiket kecak dance dekat  meja dalam kawasan tuh jugak. so open the air. Kami pada jam 4.30 petang dah mula ready untuk berebut beli tiket. Sama-sama lah kami dok cangak dekat meja simen tepi tuh, punyalah ramai orang. Yang dengan sendiri-sendiri nak beli, dengan hat guide tour pon dok kalut nak beli. Kami a bit lucky actually sebab dalam ramai-ramai manusia dok tunggu nak beli tiket tuh, ada seorang akak indon neh baik sangat. Dia tolong belikan tiket untuk kami so secara tak langsung kami dapat harga local. Harga untuk pelancong asing adalah 70,000rp manakala harga untuk pengunjung local adalah 60,000rp sahaja.

Kami semua bukan dok berebut tiket sebenarnya,since semua yang nak beli tiket sure dapat. tapi kami berebut tempat duduk paling terbaik. Aku paling tak berkenan dengan polisi sumbat selagi boleh  yang diamalkan di sini. Semua orang akan dapat beli tiket, tapi depa akan pack penonton dalam tempat yang tak besar mana tuh. Memang sangat sesak, yang lewat-lewat ada yang tak dapat tempat duduk tapi sebaliknya terpaksa berdiri sahaja...bayaq sama kot.. heheh.. ada certain penonton yang tak tahan tersepit terus blah ja tak tunggu persembahan habis. Tapi overall kecak dance tuh memang menariklah, yang penting baca sinopsis dulu kat handout depa bagi, kalau tak memang haram lah nak paham cerita tuh.. hehehe...

Dah habis persembahan, kami pon pulang bawak motor dalam gelap....abis cerita.

nanti sambung g.

layan gambar dulu:




amboi comel yea awek-awek omputih neh berkain batik.


Melalui denai-denai hutan


inilah monyet sombong tuh, dah terlampau kenyang sampai takmau makan dah.

1 keluarga.maap gambar sensitip, sila jaga pandangan mata anda.

nampak tak ramai tau orang nak beli tiket.


our money, ready to rebut-rebut beli tiket.


the tickets


ramainya ummat manusia, ini pon tak abis sumbat lagi. yang kosong-kosong bawah tuh nanti semua penuh dengan penonton.

tarian kecak ketika sunset.