Saturday, September 28, 2013

BALI 14-18-08-2013 PART 1


Semenjak dua menjak tiga menjak Arie sibuk semula menjadi Kipas tegar susah mati Manchester United walaupon telah dihentam hebat oleh Manchester City, so aku memang banyak masa lapang lah nak update blog malam neh...al-maklumlah laki takdak kat rumah depa dok p layan bola ntah kat mana-mana..so malam neh biar ribut membadai pulau pinang memang tetap aku nak update Bali part 1...mak tak kire nookkk..

Perbelanjaan Day 1:

Taxi Airport: 70k rp
Towel Tune: 16k rp
Kad Simpati: 35k rp
Pulsa           : 55k rp

PNG-KL
KL-BALI

2 kali naik flight perjalanan hari neh, pepagi buta jam 5.15 pagi lagi aku dah terpacak kat airport Penang sedangkan flight Penang-KL adalah jam 6.45pagi. Flight pagi Penang-KL tak lama mana pon, tak sempat nak buat jakun dalam flight TUPTUP dah sampai LCCT jam 7.40 pagi.

sampai LCCT terus cari pot melepak sebab flight KL-BALI adalah pada jam 4.25petang.

dah dah..jangan tanya aku pasaipa aku p LCCT awai gila sedangkan flight p Bali adalah pada sebelah petang. =='

flight ke Bali gerak pada jam 4.25 petang itupon lepas delay  45 minit ok...what to expect bila kita bayar murah kan...tunggu sajalah walaupon delay 10 hari. Jam 7.25 malam kami touch down airport Ngurah Rai International Airport. Jam 7.25 tuh gelapnya lebih kurang jam 8 malam Malaysia. Dekat airport memang ramai ummat manusia, orang kelabu,oren,hijau semua ada, orang putih jangan nak kira lah memang paling ramai lah kot dalam airport tuh..

tips 1:
sambil berjalan ke tempat checking beg imegresen tuh jangan lupa kutip-kutip brochures percuma kat situ, atleast boleh buat rujukan nanti.

keluar jea dari airport kami terus g ke kaunter taxi sebelah kanan pintu...kami sewa 1 taxi dengan harga 70k rp which aku rasa agak mahal mungkin sebab Indonesia baru-baru neh harga minyak naik meningkat. Perjalanan dari airport ke Kuta mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Dekat tapi MACET! sesak bila masuk area Kuta!

Sampai jea Tune Hotel tercinta di Kuta, terus check in and masuk bilik. Rehat sat dalam sejam lepas tuh terus keluar jalan-jalan cuci mata area Kuta. Actually bagi yang suka dengan suasana meriah, riang ria, sesak-Kuta adalah spot terbaik. Dan bagi aku Tune Kuta jugak merupakan spot hotel yang terbaik bagi backpackers macam aku dan Arie. Dengan harga rm38/1 malam memang murah dan berbaloi. Lokasi Tune Hotel kuta adalah di tengah kesibukan Kota sesak Kuta. Dalam hotel plak ada kedai 24hours yang aku boleh tapau megi bila lapar,elok sangat lah tuh.
Dari Hotel:
0.1km dari street market sepanjang jalan yang sibuk
0.5km to shopping mall matahari.
0.8km to Kuta beach.

dekat dengan pantai, dekat dengan tempat beli belah, dekat dengan tempat lepak-lepak, Tune Hotel memang tempat yang cun untuk menginap bagi backpackers yang tak kisah tidur bilik size kecil.

naik flight pagi-pagi tengok sunrise cantik tau.

esok nak citer tentang penari kuat main mata :P




Tuesday, September 10, 2013

BALI Overview. ahaks.

asalamualaikum,

ehem dah lama kot berjanji  nak update latest trip ke Bali 3 minggu lepas, tapi macam biasa la bila cik M datang menyelubungi diri mulalah bagi macam-macam alasan. btw Arie tiap hari dok push suruh update blog;

"neh hang p update blog la, dok buat apa melingkaq ja tiap petang"
"dasar bini pemalas, p update blog cepat, aku nak baca"
"dush dush dush!!! kesana hang update blog cepat"

*dialog penuh dengan unsur drama dan berlebih-lebihan.


so untuk entri kali neh aku bagi hint or overview sajalah untuk entri-entri yang bakal beranak-pinak perihal ya Bali pulau penuh ummat.


nanti aku nak cerita tentang airport. :)


nanti aku nak cerita jugak tentang penari cantik suka main mata. sumpah tak tipu!!!


cerita tentang budak-budak nakal suka korek telinga.


nak cerita jugak tentang monyet yang kuat drama! well tengok lah drama-drama dari sana kan..


yang tadi monyet betul kuat drama. ini monyet tipu pon lagi lah kuat drama siap berlakon bagai!




nak cerita jugak tentang sebuah kepercayaan yang mudah-mudah diberikan kepada orang yang tak dikenali.

WAIT ARR...