Wednesday, July 17, 2013

Short Trip to Tioman



hello ladieeeeessss chiki chiki boom!
bertahun rasanya tak update blog, last entri adalah entri penutup backpacking trip to Tanah Jawa. ok untuk trip neh memang simple since memang aku dok bekerja di Kuala Rompin Pahang, cara nak ke jeti untuk ke Tioman adalah sangat mudah. benda pertama yang kami buat adalah mencari tiket feri di jeti Mersing, tapi malangnya feri paling awal dari mersing adalah pada jam 2.30 petang. so kami bergerak ke Kuala Rompin untuk mengambil feri di Jeti Tanjung Gemok yang mana feri bertolak lebih awal iaitu pada jam 11.30 pagi. Perjalanan dari Mersing ke Jeti Tanjong Gemok mengambil masal kurang 45 minit.

Di jeti Tanjung Gemok alahai ramainya umat manusia yang sedang menanti feri. Akhirnya pada jam 12 tengahari baru kami berjaya menaiki feri dan feri bergerak pada jam 12.30tengahari. lewat dari yang dijangkakan. Perjalanan ke Pulau Tioman mengambil masa hampir 2 jam 30 minit lamanya.. terhantuk-hantuk kepala aku di dinding feri akibat menahan kepala melayan mata yang mengantok.

Ini sebenarnya plan mengejut, memang tak buat apa-apa perancangan rapi, even chalet pon kami tak book sebelum bertolak. Di Tioman kami memilih Salang sebagai lokasi tempat lepak kami berdasarkan carta Salang yang sangat popular dalam kalangan pelancong luar. Dari atas feri, semua dah teruja bila melihat air laut yang membiru hijau-hijau. So kira normal lah kan kalau aku tunjuk sikit sifat jakun aku kat atas feri tuh.

gila bapak cantik okeh. tak tipu.

jernih kan air kat sini...dari atas bot mahu je terjun terus, konon hebat berenang. berenang ITIK.

hampir jam 2.45petang kami sampai di Salang. Dari jeti tuh kami menapak hampir tujuh minit menuju ke Chalet Salang Beach,terletak di hujung pantai. jauh...letih menapak demi nak dapatkan bilik yang murah. Di chalet ini kami menyewa bilik Mara bilik paling murah yang cuma ada 1 kipas sahaja. RM40 kira dah cukup murah di pulau neh,Tak perlu nak belanja lebih kot sebab kami bukan jenis melepak dalam bilik. Sampai ja di bilik, mandi seringkas boleh, tunaikan solat Zohor, makan sikit..jam 3.30 petang terus kami keluar untuk explore kawasan Salang. Yang paling penting adalah nak terjun laut sepuas hati.

Aktiviti di Salang pada sebelah malam takdak yang menarik sangat untuk kami, keluar cari makan then balik lepak depan chalet sambil makan habiskan keropok SuperRing.Nikmat.

Day 2:

Hari kedua kami bangun bukan main awal lagi konon semangat nak pergi round island. pakej round island dengan harga rm100 kami book dengan sorang akak tepi jeti tuh. untuk pakej neh kami akan dibawa ke enam tempat which at the end of the day aku rasa tak berbaloi..tempat pertama yang kami pergi adalah Juara, di Juara kami breakfast di sana. Kedua, di Mukut untuk melihat air terjun yang tak berapa nak terjun. Di mukut, kami sekadar lepak di jeti sahaja kerana tak berapa nak minat untuk panjat bukit tengok air terjun. Maybe dekat Baling dah terbiasa sangat dengan air terjun. seterusnya kami dibawa ke Pulau Renggis untuk snorkeling, okeh ini best. memang cantik sangat air laut di sini, jernih nak mamp... bagi aku yang sememangnya jarang snorkeling, memang takut tapi teruja. air laut terasa sangat dalam and kalau tertelan air laut tuh kira normal lah kan.

seterusnya kami berhenti di Tekek, kat sini kami berhenti makan tengahari. selepas di Tekek kami bergerak ke Taman Laut, kat sini memang aku tak turun, gila bapak dalam kot air sebab tak nampak dasar laut, ikan plak besar-besar. Arie ja yang p berenang sebab dah naik gian snorkeling.. hahaha...kemudian kami dibawa ke satu tempat lagi untuk snorkeling, ok memang best lah sites untuk snorkeling. that is why aku rasa rugi amik package round island,better for us yang nak snorkeling neh amik package snorkeling sahaja ke tiga tempat dan sudah pasti lebih murah.

Kami sampai semula di Salang lebih kurang jam 3.00 petang, kami tak terus pulang ke chalet, sebaliknya kami sambung snorkeling di pantai. Yang bestnya tentang pantai di Salang ialah even di tepi pantai pon boleh snorkeling dan tengok coral. cantik! macam kat tengah laut. Bagi yang berani, boleh berenang jauh sikit p ke pelantar yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari pantai.

ikan tersangkut ke bang? ehehehe

membelah laut 

di Mukut, nelayan membetulkan pukat


Ready untuk berlepas.

dekat Taman Laut, besaq-besaq ikan dia, memang aku takut nak terjun
Day 3:
suppose our feri adalah pada jam 12.30 tengahari, so pagi tuh memang keluar awal jugak untuk snorkeling lagi..ahahaha...memang gila snorkeling betul..naik gian...3 jam jugak kami main air, elok hampir jam 11 terus gerak ke chalet untuk mandi and packing. Feri yang sepatutnya sampai jam 12.30 tiba agak lewat. jam 2.30 baru kami boleh naik feri dan feri bergerak dalam keadaan laut yang sangat berombak dan hujan lebat. Ombak bukan main lagi pukul badan feri, naik risau aku dibuatnya tengelam feri mati jugak dekat situ agaknya.

Jam 5 petang kami sampai di Jeti Tanjung Gemok.

bubye Tioman! 


btw after raya nak g backpacking trip ke Bali dengan encik Arie. apa-apa pon tak ready lagi kecuali tentatif.