Wednesday, June 19, 2013

I Wish:



 i really wish to:

-apply cuti tanpa gaji untuk sebulan, tinggal semua kerja untuk sementara waktu. lupakan semua dan kemudian travel ke Thailand, Laos, Vietnam dan China menggunakan jalan darat. Selama sebulan. :)

-kalau tak sekarang, bila lagi nak buat? takkan nak tunggu pencen umur 60 tahun. Kan..

Jum :)

btw: Rezeki Allah tuh ada kat mana-mana jea. Jangan risau.

Monday, June 3, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 12 Finale

Surabaya

akhirnya entri trans java dah sampai ending, berbulan aku ambik masa nak update cerita neh. ok jum sambung cerita, sampainya kami di Surabaya kami menginap di satu hotel yang pada aku agak menyeramkan. Lokasi hotel neh terletak dalam kawasan perumahan, sunyi sangat hotel neh macam kami berdua sahaja yang menginap di sini. kali pertama masuk ke bilik, aku sentap bila tengok gambar yang digantung di kepala katil adalah gambar 2 anak toyol :)... ekehkehkeh...bermalam di hotel tuh rasa sunyi, bilik pon rasa panas walaupon aircond terpasang. perasaan seram jangan cakap arr, nasib baik ada suami aku, kalau aku sorang memang aku check out cari tempat lain bermalam. bila aku balik Malaysia sehari kemudian ada lebam sebesar tapak tangan bawah lengan aku, hitam, pekat lebam tuh.. macam kena gigit cik Han. eheheheh biarkan ia terus menjadi misteri.

Hari ke lapan, kami check out awal dan bergerak ke airport. jam 2 petang kami touch down KL.

nanti aku update semula total kiraan bajet trip neh.. adios, next entri update tentang trip to Pulau Tioman.


update: kiraan total perbelanjaan trip backpack 8hari 7malam Bandung-Yogjakarta-Surabaya:
           total all-in exclude tiket flight dan makan : RM573.120 per head.

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 11

Hari ke Tujuh:
Hari yang menguji segala ketahanan.



Rise and Shine sweetheart, bengkek mata neh bila dikejutkan dari tidur seawal jam 2.30 pagi...bagi yang jenis tidur mati atau alarm jam rosak, no need to worries since pekerja guesthouse neh sendiri akan pergi bilik ke bilik untuk mengejutkan hangpa dari tidur yang lena untuk bangun dan segera prepared diri untuk perjalanan naik ke Penanjakan 1 melihat matahari naik. Bangun dari tidur terus ke bilik air untuk mencuci muka...ZzZzZzxXxxXZzzz!! macam terkena renjatan elektrik, sejuknya air kalahkan air peti sejuk. Sekadar bersiap ala kadar sahaja,jangan lupa sarung long john, stoking kaki tangan dan kepala dan baju sejuk. Jam 3.30 pagi kami pun memulakan perjalanan menaiki ke tempat melihat matahari naik iaitu Penanjakan 1.

Menaiki jeep selama 1 jam (lebih kurang), naik bukit, turun bukit, naik lagi, turun lagi akhirnya kami sampai ke Penanjakan 1. Seawal jam 4pagi Penanjakan 1 penuh dengan umat manusia. Ramainyaaaaa.. semua spot terbaik telah diambil orang, dan kaki ku yang pendek ini tidak mampu bersaing dengan umat-umat manusia yang tinggi, terasa satu kerugian di situ bila tak datang lebih awal.

hang tengok tuh diknonn, punya lah ramai umat manusia ambik pot best-best

bila mentari pagi mula menyinar

tiga gunung 

lokasi bukan di Penanjakan 1

Bila matahari mula menunjukkan diri, MasyaAllah cantiknya suasana pagi tuh memang tak dapat nak explain. Berbaloi rasa penat lelah 13jam dalam van dari Yogjakarta. :)

selepas menghabiskan masa menikmati pemandangan pagi, kami seterusnya bergerak turun meneruskan perjalanan ke gunung Bromo. Tentatif di Bromo adalah untuk memanjat anak tangga hingga sampai ke puncak sambil menjengah kepala melihat kawah Bromo. Sesungguhnya turun dari jeep, kami perlu berjalan merentasi padang pasir hampir 2km lebih untuk sampai ke kaki gunung Bromo. Disini ujian fizikal bermula, bagi yang kuat fizikal dan mental, hangpa boleh berjalan sahaja tapi sambil-sambil berjalan akan ada pakcik-pakcik yang akan memujuk hangpa untuk menaiki kuda dengan harga 100,000 rp untuk perjalanan pergi balik ke kaki gunung Bromo. Permainan mental kena kuat waktu neh, saat hangpa tercungap-cungap mintak separuh nyawa lagi, time tuh lah dia datang memujuk-mujuk untuk hangpa naik kuda...

jauh lagi tuh neng, mari naik. biar bapak aja bawa neng ke sana.

seriously hampir 1km aku berjalan, alahai semput makkk...tak sanggup suda, rasa macam nak patah balik jea. so bila pakcik neh menawarkan perkhidmatan kudanya, sempat lah aku tawar-menawar. Dapatlah aku naik kuda tuh dengan harga 80,000rp sahaja.

tips: berjalan dahulu semampu boleh, bila rasa dah tak mampu, mata dah berpinau-pinau, baru lah tawar menawar dengan pakcik pembawa kuda tuh. harga maksimum untuk perjalanan pergi balik adalalah 100,000rp. tapi lagi dekat dah hangpa berjalan ke kaki gunung tuh, harga akan jadi lagi murah.

atlast dari kejauhan nampak dah tangga keramat yang tinggi tuh, aduhhhh.

sampai di kaki tangga, aku panjat tangga tuh satu persatu. Mujurlah masih awal pagi, masih kurang pengunjung, so sesuka suki hati aku nak stop rest bila lelah mencengkam jiwa. ecewah. Sesungguhnya tangga neh memang menguji ketahanan aku sebagai orang yang paling malas menjalankan aktiviti fizikal. Sesampainya aku di atas, kelihatan padang pasir yang diselaputi kabus pagi, serius it worth mendaki macam orang gila bila dapat tengok pemandangan secantik tuh,puas hati! segala penat lelah habis berbalas bila tengok pemandangan yang cantik dari atas kawah. Turun dari Bromo kami terus pulang ke hotel.

tinggi tak?
encik suami dengan gigih memanjat anak tangga
posing jap


kawah Bromo


laluan sekeliling kawah
bersama di atas kawah
pemandangan dari atas. cantik sangat
kuda-kuda yang setia

kami tiba di hotel sekitar jam 10pagi, selepas mandi dan packing baju, kami ready di tepi jalan merencana semula perjalanan seterusnya ke Surabaya. Plannya adalah tunggu jea apa-apa kenderaan yang boleh tumpangkan kami turun ke Probolinggo. Tunggu punya tunggu,sampailah minivan/minibus yang boleh memuatkan bebelas orang dalam tuh, kami pun turut naik bersama travelers lain berhimpit dalam minivan/minibus tuh. minivan oldskool macam combi. btw harga naik minivan neh cuma 5000rp sahaja.
Our minivan to Probolinggo

seterusnya bila sampai di Probolinggo kami mencari arah ke stesen bas. Di stesen bas kami bertanya kepada penduduk setempat bas apa yang perlu dinaiki sekiranya mahu ke Surabaya. Setelah mendapat kepastian kami teruskan perjalanan menaiki bas menuju ke Surabaya.

Saturday, June 1, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 10


PERJALANAN KE BROMO
Day 6 expanses:

1) Bromo jeep package : 125,000rp/head
2) Sewa baju sejuk        : 25,000rp

Kami check out dari Wahyu Hotel seawal jam 7.45pagi. Kemudiannya kami menghantar semula motor yang disewa dan kami bergerak ke Sosro Tour and Travel bagi memulakan perjalanan ke Bromo. Waktu yang dijanjikan oleh bapak kerek Sosro Tour adalah pada jam 8pagi, tapi we end up lepak depan office tuh hampir satu jam. Dengan harga 140,000rp per kepala, kami menaiki van yang boleh memuatkan 14 orang penumpang. Aku a bit lucky sebab dapat duduk betul-betul seat belakang driver which mean kalau aku duduk row paling belakang for sure aku orang pertama yang muntah dulu...kehkehkeh... Dalam satu van yang besar tuh, kami berdua sahaja yang merupakan muka typikal gugusan tanah melayu, terdapat lagi traveler dari French, US, Korea dan lain-lain lagi. Tapi apa yang menarik perhatian aku adalah kepada 2 orang traveler dari Korea neh, kalau sekali tengok mereka berdua neh dah tahap ahjumma (makcik-makcik), tapi still berani bersemangat kental untuk travel jauh rilex jea tinggal anak cucu kat Seoul tuh ek.. 

Dari Yogjakarta ke Cemoro Lawang mengambil masa selama 13jam lebih dengan 2,3 kali berhenti untuk lepaskan hajat dan makan tengahari. Kebiasaan aku pula ialah tiap kali naik kenderaan, sudah pasti akulah orang paling awal lena dibuai mimpi. :P so setelah boarding, aku terus lena...so no review tentang suasana jalan.

Setelah dari pagi hinggalah ke malam cramping dalam van sahaja, van berhenti di Probolinggo untuk pertukaran van di sebuah travel company. Disini kami diberi briefing secara ringkas peristiwa yang bakal berlaku pagi esok. Siap dengan map segala bagai la penerangan dia. Company neh jugak turut menawarkan package jeep ke Bromo untuk pagi esok dengan harga 100,000rp. Ramai juga yang mengambil package ini dan aku pulak menolak dengan alasan aku nak ambik dengan hotel jea nanti bila sampai sana. Aku jangkakan harga yang ditawarkan hotel lebih murah tetapi malangnya harga package jeep yang ditawarkan hotel adalah 125 000 rp. cisss terkena aku disitu, tapi nak tak nak terpaksalah aku amik jugak if tak jawabnya pagi esok aku duduk je dalam bilik hotel hingga ke tengahari.

 Setelah bertukar van, perjalanan diteruskan lagi, dari Probolinggo terus naik ke Cemoro Lawang, suasana malam yang pekat menyukarkan kami untuk melihat apa-apa dari tingkap van. Pekat malam itu segelap  dark chocolate. amboi perumpamaan. Di Cemoro Lawang kami dihantar terus dari satu hotel ke hotel yang lain, Yoshi Guesshouse  merupakan tempat penginapan yang berada di bawah pekan Cemoro Lawang, atas sikit dari Nadia Hotel. Hampir jam 10malam barulah kami sampai di Yoshi Guesshouse. Turun van terus ke kaunter,denggg terus nampak nama terpampang kat board. wahhh macam tetamu yang dinanti-nanti plak yea. bila aku bagitau nama, semua kat kaunter dah macam kenal sangat nama aku,wakakaka akibat book bilik awal 2 bulan.

exhausted.

Sebenarnya aku telah book Yoshi neh hampir 2 bulan sebelum aku bertolak, terima kasih atas bantuan Fatt aku boleh dapatkan email contact si Adi dari Yoshi. Melalui email aku book bilik paling murah bilik air diluar dengan harga 148,000rp. Expectation aku bilik neh macam teruk gila actually since kebanyakkan review yang aku baca semuanya negatif; bila ambik kunci then masuk bilik terus macam terpesona; bilik takde lah teruk mana pon, ala-ala Bali gitu.

tengok dinding, antik macam dulu-dulu.

tengok tingkap, jaga-jaga bukan cermin gelap yea, orang luar pon boleh nampak kalau tak turunkan langsir

dinding dah tengok, tingkap dah tengok, neh syiling pon aku bagi hangpa tengok.



mungkin sebab aku terlalu letih dengan perjalanan berbelas jam dalam van, nampak katil tuh macam empuk giler jea..apalagi terus salin baju, cuci muka then lena...ZzZzZzZzZzZzZZ



Additional pictures of Yoshi Guesthouse.


dalam kafe

di hadapan Yoshi

di taman Yoshi

laluan ke bilik