Monday, May 20, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 9

Day 5:

expanses:
1) bensin                  :7,500rp
2)Merapi Entrance   : 8,000rp
3)Repair motor pancit: 5,000rp
4)lunch                     : 47,000rp
5)dinner                    : 50,000rp
6)bayaran Bromo Transport: 280,000rp/2

-Gunung Merapi
-Muzium Gunung Api Merapi
-Sosro Tour

entrance tickets
Gunung Merapi yang dilitupi kabus pagi :(
yeah by hook or by crook hari neh memang aku nak jugak pergi ke Gunung Merapi. Aku tak kira, biar hujan, ribut,panas,atau banjir melanda; memang niat aku hari neh nak ke Gunung Merapi. Sebenarnya lokasi Gunung Merapi adalah tidak jauh dari Yogjakarta; dalam 37km dari Jl. Malioboro. Ketika tiba di sana, suasana masih pagi, suhu masih sejuk mencucuk tulang. dua tiga kali juga kami berpusing kawasan sekitar desa mencari arah ke tapak tinggalan rumah Mbah Maridjan si penjaga kunci gunung.

Siapa Mbah Maridjan?
bagi yang belum kenali Mbah Maridjan beliau merupakan seorang penjaga kunci gunung yang dilantik oleh sultan. Mbah Maridjan neh tinggal di desa Kinahrejo dan rumahnya terletak 4km dari puncak Gunung Merapi.So, pada tahun 2006, ahli geologi meramalkan yang Gunung Merapi bakal meletus, tetapi Mbah dan penduduk desa Kinahrejo enggan berpindah kerana melalui ramalan Mbah Maridjan gunung tersebut tidak akan meletus. Ternyata ramalan Mbah Maridjan tepat pada masa tersebut, gunung Merapi tidak memuntahkan laharnya. Namun ketentuan Allah itu maha tepat, pada tahun 2010 sekali lagi Gunung Merapi dijangka akan memuntahkan lahar panasnya, seluruh penduduk desa Kinahrejo telah diarahkan untuk mengosongkan penempatan, tetapi Mbah Maridjan tetap dengan pendirian nya untuk tidak meninggalkan rumah beliau. Akhirnya beliau ditemui mati dalam keadaan bersujud di ruang dapur rumahnya.

Ketika di kawasan rumah Mbah Maridjan, kelihatan tapak rumah Mbah Maridjan yang telah dijilat kabus panas berapi gunung Merapi. Kelihatan pekakasan rumah yang berkarat akibat ditelan usia dan terdapat juga sebiji van yang dikatakan van tersebut adalah van untuk menjemput Mbah Maridjan ketika hari kejadian namun akhirnya hayat van itu berakhir ditelan kabus panas Merapi. Terdapat juga sebuah pusara di halaman tapak rumah Mbah, cuma  tidak lah aku pasti samada itu pusara Mbah Maridjan atau pusara sekadar untuk mengenang Mbah Maridjan. Sayu hati aku ketika di situ. sebuah desa yang aman damai, tertanya-tanya di hati kenapa penduduk disini tidak berpindah sahaja ke tempat yang lebih selamat, jauh dari gunung Merapi dan jauh dari ancaman.

Bersama adik Mbah Maridjan
Disini juga aku berkenalan dengan adik Mbah Maridjan, adik Mbah Maridjan membuka kedai kopi berdekatan dengan tapak rumah Mbah Maridjan. kami sempat berhenti minum disitu dan bersembang dengan dia. Sebenarnya aku teringin sangat nak tahu tentang peristiwa sebenar yang berlaku pada hari kejadian, dan ntah macam mana mulut aku neh lancar jea bertanya kepada dia tentang apa yang berlaku pada hari itu. Menurut adik Mbah Maridjan, pada hari kejadian selepas usai solat pada jam 7 petang, suasana di desa menjadi semakin genting, siren amaran dibunyikan. Adik Mbah Maridjan mengajak abangnya untuk lari turun menyelamatkan diri, tetapi abangnya menolak. Adik Mbah Maridjan berlari turun ke bawah tanpa sempat membuka telekung solatnya. Bagi Mbah Maridjan pula dia terus berada di rumahnya dan itulah kali terakhir dia melihat abangnya Mbah Maridjan.

elok jea makcik neh selesai bercerita tentang kejadian bersejarah tuh terus air muka dia berubah. sedih,terluka,kecewa. Dia terus masuk ke dalam kedai. Deiiii apa dah aku buat neh, awat gatal sangat mulut aku bertanya tentang peristiwa tuh...

antara kenderaan yang menjadi makan kabus panas Merapi

tinggalan rumah Mbah Maridjan

antara lukisan yang terdapat di Desa Kinahrejo untuk menggambarkan perasaan penduduk setempat selepas kejadian erupsi.
apabila tayar pancit. konon tahu apa yang perlu dibuat :P
selepas hampir 1 jam berada di atas, kami mula turun. Malang tak berbau apabila tayar sepeda yang dinaiki pancit. Selepas bertanya pada seorang gadis dimana bengkel motosikal yang terdekat, kami terpaksa bergerak menaiki motor dengan perlahan menuruni bukit sejauh 4kilometer (lebih kurang ) untuk ke bengkel tersebut.

Hampir 1jam di bengkel kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Muzium Gunung Api Merapi, actually ini plan yang tak dirancang, kami singgah ke muzium ini apabila terlihat signboard nya di tepi jalan. Muzium ini terletak di Sleman, entrance ticket untuk ke muzium ini adalah 16,000rp sahaja. Disini oleh kerana kami datang berdua, kami diminta untuk join tour group yang lebih besar. pertamanya, kami dibawa ke bilik tayangan yang menceritakan tentang sejarah Gunung Merapi. Tayangan video itu mengambil masa lebih kurang 20 minit..hoiiiiit mengantuk kot.

Apa yang aku perasan tentang muzium ini adalah, terdapat banyak kerosakan pada syiling muzium. takde baik pulih ke? tertanya-tanya aku di dalam hati.

lets eat bumi
welcome to Muzium Gunung Api Merapi


antara kesan letusan merapi

sebaik sahaja hujan berhenti, kami mengambil keputusan untuk keluar dari muzium dan meneruskan perjalanan. Baru sahaja 10 minit menaiki motor, hujan tiba-tiba mula kembali lebat, kami berhenti untuk memakai ponco. Perjalanan diteruskan dalam keadaan basah. dugaan oh dugaan...pagi tadi motor pancit and now kebasahan dalam hujan. Tapi bila diingat semula, itulah kemanisan mengembara secara backpacking.

Pada sebelah petangnya, kami lagi sekali mencari package tour yang akan membawa kami ke Bromo dan Ijen, di jalan Sostrowijayan memang banyak travel agency; so kami mengambil masa untuk membanding package transport yang ditawarkan oleh agensi-agensi ini. Akhirnya kami ke Sosro Tour, Sosro Tour menawarkan harga package transport paling murah iaitu 140,000rp bagi seorang. Harga transport itu adalah untuk ke Bromo sahaja kerana plan ke Ijen terpaksa kami cancel akibat kekangan masa. Apa yang paling aku tak berkenan apabila dealing dengan tokey Sosro Tour neh ialah bila dia menunjukkan sikap kerek tahap gaban bila aku mintak less. Harga asal adalah 150,000rp, so bila aku mintak harga 140,000rp dia dengan berlagaknya macam nak tak nak jea melayan aku, dia end-up bagi aku harga 140,000rp tapi tiada pengangkutan ambil di hotel.Maksudnya awal-awal pagi aku kena berada di depan agensi tuh,no hotel pick-up. Geram betul aku...ciscissscisssss.


Sunday, May 19, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 8

kisah mendera si pengayuh beca.

upah: 5000rupiah/route

si pengayuh beca yang gigih
Beca merupakan salah satu tarikan penting bandar Yogjakarta, malah di jalan Malioboro, penuh dengan pembawa beca samaada yang berbasikal mahupon yang berkuda; semuanya setia menanti pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Sebenarnya aku memang tak mahu naik beca, cukuplah sekali aku menyeksa pengayuh beca ketika di Melaka dulu, takkan di Yogja aku nak ulang sekali lagi. Tapi atas kehendak Arie, aku turutkan sahaja. Maaf bapak pengayuh beca...

Setelah menaiki beca yang mana aku lupa bertanya nama si bapak pengayuh beca itu, bapak beca menerangkan tentang route yang bakal ditempuhi pada malam itu. Di sepanjang jalan si bapak pengayuh beca sentiasa ceria menerangkan tentang Yogjakarta. Dia juga akan berhenti di beberapa tempat sebagai contoh tempat pembuatan t-shirt, batik dan tempat penjualan bakpia iaitu sejenis kuih tradisi yang sangat enak jika dimakan panas-panas. Malang untuk bapak pembawa beca kerana membawa kami yang kurang berduit yang mana kami tidak membeli apa-apa disetiap hentian tersebut. cuma di hentian akhir iaitu kedai bakpia aku sempat lah jugak membeli satu dua kotak bakpia sekadar untuk merasa kuih popular bandar Yogjakarta.

Upah setiap perjalanan menaiki beca untuk pusing sekitar bandar adalah cuma 5000rupiah sahaja. Kalau diconvert dalam duit kita upahnya adalah sekitar RM1.50 sahaja. Ya Allah, murah sangat dan aku rasakan upah tuh tak berbaloi untuk dia kerana dengan membawa kami yang beratnya hampir 130kg neh sudah tentu ianya kesusahan yang nyata untuk dia.

Ketika jalan agak curam menaiki bukit, bapak pengayuh beca berhenti turun dari becanya lalu menolak becanya menaiki bukit curam tuh..aduhhhhh, memang rasa bersalah tahap gaban lah aku time tuh. mau jea aku turun dari beca tuh and berkata:

"udah pak udah, naiki aja beca itu biar aku pula yang mengayuhnya"

ecewah.monolog sendirian dalam diri. seriously memang aku kesian sangat dengan pengayuh beca bandar Yogja, upah yang diterima memang tak berbaloi dengan usaha mereka setiap hari.

Aku masih ingat lagi helaan nafas si pengayuh beca pada malam itu.seksa.

cukuplah dua kali aku menyeksa si pengayuh beca.
cukuplah.

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 7

Day 4

amaran: entri banyak gambar. sediakan plastik dikhuatiri takut muntah.

Tukang navigasi dari belakang
hari ke empat di Indonesia, plan kami pada hari ini adalah untuk ke Candi Borobudur, Candi Prambanam, dan Gunung Merapi...kami bertolak dari hotel se awal jam 6.15pagi dengan harapan sampai awal dan tidak berpanasan di candi nanti. menaiki sepeda jalan di Yogja penuh dengan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing. Bagi aku dan Arie plak tujuan kami adalah candi Borobudur, Arie sebagai pembawa motor dan aku plak di belakang dia sebagai pemegang GPS menjadi orang kanan tunjuk arah perjalanan. kanan kiri depan belakang...

selepas melalui jalan Yogja yang penuh sesak pada pagi harinya, kami kemudian melalui jalan desa yang cantik, aman damai, sejuk berkabus di pagi hati. seriously terus terjatuh cinta kali kedua dengan Yogja. seawal pagi sepanjang jalan penuh dengan kehijauan pohon, sesekali terlihat petak sawah padi di kiri dan kanan jalan. Aku jugak dapat melihat anak-anak kecil berjalan dan berbasikal ke sekolah...bila sampai di jalan kampung yang lebih sunyi dan kurang kereta, kelihatan ibu-ibu membawa hasil tanaman untuk dijual. desa pada waktu ini masih sejuk berkabus, sempat jugak kami berhenti tepi jambatan untuk menikmati sebentar suasana pagi di desa yang terdapat di Yogja.

setelah menempuh perjalanan menaiki sepeda hampir sejam lebih, akhirnya kami sampai di Candi Borobudur pada jam 7.30pagi. kawasan candi Borobudur merupakan kawasan yang sangat luas, candi Borobudur merupakan candi kedua terbesar di dunia selepas Angkor Wat yang berada di Cambodia. Candi ini terletak 42km sebelah laut kota Yogja. Melalui pembacaan yang aku buat sebelum datang sini, kita boleh dapatkan harga local seandainya boleh beli tiket di kaunter local dan dengan iras-iras muka jawa neh kami pon memasang niat yang sama untuk cuba nasib nak dapatkan harga local. Arie terus ke kaunter local dan berjaya membeli dua tiket entrance, dari kaunter tiket kami bergerak ke pintu masuk yang dikawal guard. guard terus melihat tiket dan tetiba :

"maaf pak, bisa lihat ID nya?"

cisciscissssss kantoi dia mintak id plak...jawabnya memang terkantoilah kami bukan rakyat Indonesia lalu kami dibawa pergi terus ke kaunter bayaran untuk international visitor yang berada berdekatan situ jugak. Di kaunter sini kami perlu membayar harga international visitor yang pada aku sangat bapak beza dengan harga local. Tetiba aku teringat yang mana di sini aku boleh dapatkan student price, dengan menunjukkan kad student USM aku yang dah bertahun aku grad, aku berjaya dapatkan harga student..muahahaha...jimat!.
selepas membayar dan diberi tiket, kami dijamu dengan complimentary drinks which is maybe untuk sejukkan hati sebab bayar mahal sangat untuk entrance masuk. selepas itu kami juga dibekalkan dengan sehelai kain batik dan kain itu dipakaikan di pinggang kami dengan tujuan untuk menghormati tempat yang bakal kami masuk nanti.

bila aku tengok anak tangga yang tinggi melangit tuh, aduhhh dalam hati dah merungut-rungut, wajib bapak letih neh. setapak demi setapak aku memanjat tangga hinggalah ke bahagian paling atas. Kami bermula dari bahagian paling atas lalu turun ke bahagian bawah explore setiap aras. pada waktu pagi memang tak ramai pengunjung so ko bleh buat bermacam aksi merepek sebagai contoh melompat dan sebagainya. bila menginjak jam 9pagi, keadaan dah makin panas, pengunjung dah mula ramai. dan dah tiba masa untuk kami beredar.

Kaunter Entrance untuk international visitors

beza harga international visitor dengan students price 
kain batik yang perlu dipakai sepanjang berada di kawasan candi
candi Borobudur early in the morning










Beredar dari Candi Borobudur sepatutnya plan kami seterusnya adalah Candi Prambanam, tapi dengan keadaan kami yang masih mengawal budget duit, kami batalkan saja plan ke Prambanam dan sebaliknya kami mahu ke Gunung Merapi. Menaiki motor membelah jalan raya di desa yang aman, malang tidak berbau bila GPS kehabisan bateri.aduhhhhhh...how to navigate kalau GPS habis bateri? we end up gunakan map dalam Galaxy Notes yang dibawa bersama. Jauh menaiki motor, tapi tak kelihatan plak mana-mana gunung yang berapi. Kami berhenti untuk bertanya kepada penduduk sekitar, menurut penduduk sekitar, kami berada jauh dari Gunung Merapi. Aduhhh, sesat pulak...seterusnya dalam keadaan sesat dan tertekan kami berhenti makan dahulu. Selepas makan kami ambil keputusan untuk kembali sahaja ke Yogja.

Untuk pengetahuan semua, cuaca di Yogja pada ketika itu sangatlah panas. TERLAMPAU PANAS. Aku memang mengalami weather shock la kat sana, petang balik dari mencari Gunung Merapi tuh terus aku demam panas. Petang tuh patut-patut kami ke Pantai Parangtritis tetapi disebabkan demam yang tiba tak dijemput, we end up berehat sajork dalam bilik.




Saturday, May 18, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 6

day 3 Yogja sweet Yogja

parking sepeda di sepanjang jl. Malioboro. btw tak perlu risau untuk tinggalkan helmet sebab insyaAllah takkan hilanglah helmet tuh.

menaiki beca di Yogja, wajib buat ok.

lepas bangun dari tidur serius memang lapar tahap gaban, kami pon keluar cari makan di Jalan Malioboro yang terletak tak sampai 100 meter dari Hotel Wahyu. di sebelah kiri sepanjang jalan Malioboro penuh dengan lesehan ataupon gerai-gerai makan terutamanya pada waktu malam. petang tuh sempat lah aku makan bakso, rasa bakso indon neh memang lain dari bakso yang terdapat di tempat kita. kat sini rasanya lebih asli...huhuhu..lepas makan plan kami adalah mencari sebuah travel guide untuk dapatkan pakej kenderaan ke Bromo dan Kawah Ijen dengan harga less than 170,000rupiah...cari punya cari, pusing empat lima kali sekitar kawasan tuh memang takde pon travel agency yang menawarkan harga semurah itu. *sebenarnya lokasi sebenar travel agency bukan terdapat betul-betul di jalan Malioboro, tetapi terdapat di jalan Sostrowijayan, sepanjang jalan kecil neh memang banyak travel agency yang boleh ditemui dan boleh compare harga sebelum amik mana-mana package travel.

pada sebelah malam pula, kami ke alun-alun selatan. aku mendapat info tentang tempat ini semasa bersembang dengan pak polisi ketika menunggu Arie yang berada di dalam pondok polis kawtim hal langgaq lampu merah pagi tadi. di Alun-Alun Selatan terdapat dua pokok besar yang dipercayai merupakan pokok keramat yang mana tempat ini akan menjadi meriah pada sebelah malam kerana ramai orang melakukan aktiviti menutup mata dan cuba melalui jalan antara dua pokok besar tuh.

sumber gambar dari google

ok sila lihat gambaq ehsan dari pakcik google di atas, so pokok kanan dan kiri..maka sebelah malam ramailah orang akan menutup mata dan cuba melalui jalan kedua pokok ini. motipp? melalui *persembangan antara aku dan pak polisi tengahari tadi, seandainya seseorang berjaya berjalan melalui antara dua pokok ini, itu akan memberikan petanda bahawa orang itu mempunyai hati yang bersih dan akan beroleh rezeki yang bagus pada masa hadapan.

kami malam tuh memang sekadar memerhati sahaja, sebab pertama aku tak cuba aktiviti ini ialah aku takut aku jalan salah arah, haaa nampak sangat lah nanti hati tak berapa nak bersih.kantoi disitu nanti. sebab kedua, aku tak percaya pokok tuh menentukan nasib rezeki naik turun kita nanti. btw, antara ramai-ramai manusia yang mencuba malam tuh memang tak semua dapat melalui jalan lurus antara pokok tuh, ramai yang terpesong jalan arahnya and obviously i don't know why sedangkan jalan tuh lurus dan luas. *perlukan penjelasan dari segi sains.anyone nak tolong explain?

beredar dari Alun Alun Selatan kami pergi ke Jl. Malioboro untuk makan malam. Jl. Malioboro memang sangat meriah pada sebelah malam, sepanjang jalan penuh dengan lesehan dan beca-beca menanti penumpang. untuk malam tuh, kami makan the real pecal lele, ayam goreng, nasi dan 2 air untuk harga 47,000rupiah. seriously memang super pedas pecal lele dia tapi sedap sangat! sambil-sambil makan tuh akan datang ngamen (penyanyi jalanan) untuk menghiburkan dengan lagu-lagu indah. bayaran adalah seikhlas hati.

sedap beb makan sambil ada orang hiburkan..murah pon murah.


nak jugak dia bergambar dengan ngamen kat sini.
Pecal Lele super pedas super best


habis makan, jalan-jalan jap tengok barang then terus balik sambung tidur.


Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 5

Day 3:

Stasiun Keretapi Tugu, Yogjakarta


HELLO YOGJA

setelah 8jam menaiki keretapi dari Bandung ke Yogjakarta akhirnya kami tiba di stasiun keretapi Yogjakarta. Hello Yogja people!! atlast sampai jugak ke sini. seawal jam 4.30 pagi ramai kelihatan berada di dalam kawasan stasiun keretapi, ada yang menunggu orang dan ada juga yang berehat melelapkan mata di kerusi-kerusi yang disediakan. alhamdulillah kami tak bersendirian. Ketika di Malaysia lagi apa yang menjadi ketakutan kami ialah tentang mahu mengambil penginapan untuk malam itu atau tidak, kalau diambil terasa bagaikan membazir kerana sampai di Yogja saja sudah jam 4.30 pagi. Kami berehat seketika di situ, Arie sempat terlelap, letih kot sebab seharian bergerak dan tak mandi. :P
Tidoq-tidoq ayam selepas 8jam dalam train

lovely yogja peope! perasan tak nenek baju hijau tuh, bersemangat!


jam 5.30pagi di sana bagaikan jam 7pagi di Malaysia, cerah! di Yogja waktu subuh masuk pada jam 4.30pagi..awalkan..setelah menyimpan beg di tempat penyimpanan barang di stasiun keretaapi dengan harga 10,000rp kami keluar dari stasiun keretapi dengan tujuan untuk mencari tempat penginapan.

melintasi laluan keretapi, kelihatan jl. Malioboro, jalan penting yang menjadi nadi kepada pusat perniagaan bandar Yogjakarta. Pagi di Yogja tak sunyi, aku terkejut sebenarnya seawal jam 5.30pagi jalan Malioboro penuh dengan warga Yogja, BERSENAM! yea bersenam,serius aku tak tipu. sepanjang jalan dijalankan aktiviti aerobik untuk warga Yogja, berkumandang lagu irama dangdut di pagi hari. Yogja look fresh! tua muda semua join, bagi remaja ada juga yang prefer untuk berbasikal sepanjang jalan Yogja. Dari suasana pagi Yogja, terus aku jatuh cinta!

kami berjalan memasuki lorong-lorong sepanjang jalan untuk mencari penginapan yang termurah. Jalan punya jalan, survey punya survey siap mintak diskaun lagi akhirnya we end up dengan Wahyu Hotel dengan rate 120 000rp/mlm, atau lebih kurang rm38 semalam.Wahyu Hotel neh terletak betul-betul di depan tempat parking sepeda stasiun keretapi,di seberang jalan sahaja...dan jarak ke jalan Malioboro tak sampai 100 meter, memang sangat dekat. Kami juga turut menyewa motor untuk kegunaan kami sepanjang berada di Yogjakarta dengan harga 50 000rp/sehari atau bersamaan rm15 untuk 24jam.

melalui lorong-lorong kecil mencari tempat penginapan murah

sempat plak kami berhenti di satu gerai jual kuih muih neh untuk beli kuih buat breakfast

motor yang disewa sepanjang berada di Yogjakarta

 Tepas Kaprajuritan Karaton




Oleh kerana masih awal pagi, kami tidak boleh check in lagi, kami seterusnya pegi mengambil beg semula di stasiun keretapi lalu menyimpan di kaunter hotel. Plan terus dirancang, tempat pertama yang kami akan explore adalah Tepas Kaprajuritan Karaton. Karaton tuh bermaksud istana,  entrance ticket berharga 7000rp, disini kita akan dapat melihat salah satu istana yang pada aku tak berapa nak menarik.

seterusnya kami ke Tepas Pariwisata Karaton, disini kami berjaya mendapatkan tiket dengan harga local iaitu 5000rp manakala bagi harga pelawat luar ialah 12,500rp. Disini turut diadakan persembahan tarian yang menarik, tarian ini dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Universiti Gajah Mada. kalau berkunjung ke sini pada hujung minggu, persembahan tarian ini wajib ditonton kerana ia merupakan tarian tradisional Indonesia. Aku juga turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan si cilik yang berpakaian tradisional. comel sangat budak tuh. Rasa macam mau culik bawak balik Malaysia ja..wakakaka

tiket entrance ke Tepas Pariwisata Karaton







comel kan.



lepas pusing karaton dengan badan bapak penat, mata separuh terbukak akhirnya jam hampir terus menunjukkan jam 12tengah hari. apa yang aku terbayang time tuh adalah tilam empuk dalam hotel. aku letih aku nak balik hotel tidoq! kluaq dari karaton bukan main lagi Arie bawak moto pecut konon nak sampai hotel cepat-cepat. tapi malang tak berbau! selepas melanggar lampu merah dengan sengaja kerana kegelojohan kami nak sampai hotel, kami dikejar pak polisi Indonesia lalu disuruh berhenti di tepi jalan.
aduh! dalam hati aku time tuh jangan cakap arr betapa bapak kecutnya hati. tak sanggup aku nak tidoq lokap..dala di perantauan takde saudara mara kat sini, sapa nak ikat jamin kami! sapa nak tolong kami!

pak polisi: bapak tahu apa kesalahan bapak?bapak telah melanggar lampu merah.sepatutnya bapak berhenti bila lampunya udah merah.

Arie  : maaf pak polisi, kami tidak perasan lampu merah.

pak polis mintak insurans motor.

pak polisi : sila ikut saya.

DENG! aduhhhh nak dibawak kami kemana?takkan balai polis....dengan cuaknya kami follow motor pak polisi tuh ke pondok polis berdekatan. depan stasiun keretapi..tepi traffic light yang kami langgaq tadi..shit! dalam hati time tuh memang aku rasa bodoh gila, sedangkan tiga empat kali lalu situ aku memang tak perasan ada pondok polis depan stasiun keretapi. di pondok polis tuh ada tiga empat polis yang lain lagi yang dok tengok jalan..aku disuruh tunggu kerusi sedangkan Arie dibawa masuk ke dalam pondok polis untuk bersembang lah gamaknya...lama aku tunggu dalam 15 minit Arie keluar..setelah diberi peringatan sebakul dua oleh bapak-bapak polisi Indonesia, kami dibenarkan berlalu pergi. sampai je bilik Arie bagitau polis tuh cuma minta duit... 50,000rupiah.

***********tidoq time*********