Sunday, March 10, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 4

Day 2: Bandung

Kebun Strawberi, Puncak Bandung dan Paris Van Java


KEBUN STRAWBERI:

Entrance Kebun Strawberi   : rp10,000
Parking fee                          : rp2,000

Selesai aje melampiaskan nafsu gelodak perut di Saung Balibu, terus kami gerak ke lokasi seterusnya iaitu Kebun Strawberi yang terletak tak jauh dari situ, lebih kurang 5 minit jea drive. Waktu kami pergi neh bukan lah musim petik strawberi, yang ada kat pokok pon cuma sisa baki buah yang belum luruh. Harga untuk entrance masuk adalah rp10,000 untuk satu orang dan parking rp2,000 sahaja. Kat sini apa yang menarik ialah hangpa boleh petik sendiri buah dari pokok, lepas bayar entrance fee hangpa akan diberikan satu bakul dan gunting bagi aktiviti petik memetik. jom layan gambaq:



buah yang segar-segar gitu



aksi kebuloq..lapaq..

dia pon nak jugak buat aksi gini

setelah puas memetik buah di belakang rumah.ecewah. kami pon terus ke kaunter depan, timbang-timbang strawberi yang secoet itu harganya baru rp10,000. sebelum keluar siap dapat complimentary drink lagi; jus strawberry. cuaca makin gelap, naik jea kereta kami teruskan lagi perjalanan ke Puncak Bandung. Menurut Ocheam, Puncak Bandung yang terletak di Dago merupakan puncak yang tinggi yang mana kita boleh lihat keseluruhan bandar Bandung. Dalam perjalanan ke sana hujan turun dengan lebat sekali, kabus punyalah tebal nak tengok jalan depan pon susah. at last bila sampai kat atas puncak pon hujan still tak reda kami terus decide untuk ke Paris Van Java.

Paris Van Java merupakan sebuah pusat beli belah yang terletak di Bandung. Mall ini mula dibuka pada Julai  2006. Mall yang berkonsepkan open air ini menampilkan ciri-ciri bangunan Eropah, so bila first time masuk lantai bahagian terbuka mall adalah dari kayu. idea yang menarik.

Benda pertama yang wa pergi cuba kat sini sudah tentulah toilet dia. full tank ok.lepas ke toilet kitaorang terus serang Daiso kedai barangan Jepun. Kalau kat Penang kedai Daiso terdapat di Queensbay Mall. Semua barangan di Daiso dijual dengan harga rm5.00 sahaja. Tapi berbeda dengan Daiso Bandung neh sebab semua barangan dijual dengan harga rp22,000 atau bila di convert ke duit kita jadi lebih kurang rm7.00, ada few things yang menarik perhatian aku, tapi memandangkan harganya yang lebih mahal jika nak banding dengan Daiso Malaysia, better wa tunggu balik Penang nanti wa shopping sepuas hati okek.  selepas tuh kitaorang sekadar berjalan-jalan dan lepak di J'co Donuts. kurang budget untuk membeli belah, kitorang sekadar lepak nak abiskan masa 12jam yang terdapat dalam tour.

Dalam jam 4 petang we decide untuk ke stasiun Kereta api jea, elok sampai stasiun lepas bagi tips ke Ocheam we terus gerak masuk stasiun. Jam masih awal kerana train kami dari Bandung ke Yogja adalah pada jam 8.00malam. Takkan nak lepak sini tiga jam lebih, boleh sawan rasanya. So we decide untuk simpan beg di kaunter pertanyaan dan kemudian berjalan jea ke Pasar Baru.

Pergi Pasar Baru bukan tujuan nak shopping pon, kami sekadar lepak di tangga mingle along dengan orang tempatan and shots gambar jea, satu jam jugak lah we sekadar lepak di tangga Pasar Baru.

Macet Every where

Bapak Beca nantian penumpang

SMS ya bapak polisi?

pada jam 6.15 petang kami berada di Stasiun Keretapi Bandung semula, lepak-lepak sementara tunggu kereta api sampai. Sebenarnya ini merupakan pengalaman aku kali pertama naik kereta api; even kat Malaysia pon tak pernah naik KTM. Perjalanan dari Bandung ke Yogjakarta dijangka mengambil masa lebih kurang 8 jam. pada jam 7.30 petang kami dah mula memenuhi seat kereta api, bagi kelas eksekutif, tempat duduk yang disediakan adalah lebih bagus berpadanan dengan harga yang dibayar. seat boleh laras, siap disediakan bantal kecil dan selimut, itu dah cukup perfect untuk perjalanan malam aku. Kereta api mula gerak pada jam 8.15 malam dan tak sampai setengah jam aku sudah berlayar di alam mimpi. zZzZzZZZzzz


muka seharian tak mandi posing muka tak blah dengan tiket kereta api
selesa.

ok ready to sleep.bye!





Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 3

Hari Kedua: Bandung

Ciater Hot Spring:

bergerak turun dari Tangkuban Perahu, kami terus ke tarikan Bandung yang kedua iaitu Ciater Hot Spring.  Dari Tangkuban Perahu cuma mengambil masa 15minit untuk ke tempat ini. Bayaran masuk ke Ciater Hot Spring adalah rp19k untuk seorang bagi kereta pula rp16k.

Entrance Sari Ater Hot Spring


Posing bukan main lagi walaupon tengah panas

air panas

Ramai tak orang?

cantik sangat



Ciater Hot Spring merupakan kawasan berkeluasan 40hektar, terdapat banyak kolam dan anak sungai air panas yang menjadi tarikan wisata. Punca air panas yang terdapat di kawasan ini datang dari kawah aktif gunung berapi Tangkuban Perahu yang berada berdekatan dengan kawasan ini. Ciater Hot Spring merupakan tarikan wisata yang cantik, terdapat air terjun air panas dan kolam-kolam kecil yang terjaga untuk kegunaan semua pengunjung. rasa rugi sebenarnya datang sini tak bawak baju tukar. kalau tak sah-sah aku boleh terjun kolam mandi sama.

Di dalam kawasan air panas neh, banyak penjual aiskrim yang menjual sotong ais krim kepada pengunjung. macam-macam ais krim yang ada, so aku dengan muka tak bersalah pon nak jugak lah mencuba ais krim yang dijual, feeling ala-ala panas kat gurun lah konon bila makan ais krim tuh. Tapi nak jadikan cerita mungkin ini kali kedua aku tertipu selepas terkena dengan Pak Rahmat Tangkuban Perahu. harga untuk dua ais krim dibawah adalah rp50,000. Maknanya satu tuh jatuh pada harga rp25,000 atau rm7.00 duit kita. HELLO dekat Malaysia ais krim gini baru harga rm1.50 ok. Oleh rasa kecewa ya amat terhadap harga ais krim yang gila bapak mahal tuh, dengan sudu air krim dan bekas ais krim semua aku telan. ok tipu.

rp50,000

The Lonely Ice Cream Man 
Dalam kawasan Ciater Hot Spring, terdapat banyak kawasan rehat atau santai yang mana disediakan tikar-tikar di tepi sungai dibawah rimbunan pokok. Wa dengan muka tak bersalah aku pon pegi duduk dengan slumber badak siap bersimpuh bagai lagi tepi sungai tuh. Tetiba datang seorang mamat neh cakap untuk duduk di tikar tuh perlu bayar sewa.alahaiiiiiii...kalau untuk harga tikar yang kecil yang muat untuk 4,5 orang gitu harganya rp30k sahaja.

kitaorang sekadar berjalan tengok kawasan jea, nak nyewa tikar rasa macam malas lah pulak bila kena bayar neh, sambil berjalan neh wa teringat bapak wa Encik Azai Abdullah nun jauh di Baling. Dia cukup suka lah tempat-tempat piknik gini. Teringat lagi time convo dulu, mak siap masak-masak kat umah pastu datang USM berpiknik tepi tasik biawak USM time tengahari sementara tunggu sidang aku bermula sebelah petang.

cantik tak? tempat santai kiri kanan, tengah-tengah ada anak sungai air panas yang mengalir turun ke bawah. hangpa boleh lepak celup-celup kaki.

kalau belakang umah ada satu tempat gini wahhh tempat tido aku time tengahari la jawabnya.


Pose akhir sebelum blah. maaf tudung wa ala-ala indon sikit walaupon baru 2 hari kat sana

kitaorang lepak lebih kurang sejam lebih di Ciater Hot Spring then kemudian terus gerak ke tempat makan.

SAUNG BALIBU-Selera Sunda Asli

Teh Manis Ais                 : rp 4,500
Coffee Float Ice              : rp 11,000
Nasi Goreng Ayam         : rp 25,000
Nasi Goreng Kambing    : rp 26,500



ok sambung next entri. btw makanan kat situ tak berapa nak kena selera tapi tetap habis licin :P

Saturday, March 9, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 2

Day 2: Bandung

Expenses:

Tangkuban Perahu              : rp115,000 ( Include entrance fee and ticket )
Tour Package for 12 Hour  : rp450,000
Ciater Hot Spring                : rp54,000 ( entrance ticket rp15k per head, kereta rp16k)
Kebun Strawberi                 : rp20,000
Parking                                :rp8000
( price stated above tuh untuk harga 2 orang k )

we woke up as early as 6.00am on the morning, around 7.30am turun breakfast and get ready for tour package today. Untuk tour package actually aku dah arrange dengan hotel Cihampelas sebab aku rasa lebih berbaloi untuk ambil package tour 12jam dengan Cihampelas kerana harganya yang berpatutan. rp450,000 untuk sebuah kereta dan selama 12 jam. untuk maklumat lanjut, cuba refer kat sini Cihampelas Hotel Tour Package . terdapat 3 pilihan utama untuk pakej tour yang boleh dipilih, samaada hangpa nak melawat bahagian North, South or Central Bandung. kami pilih North Bandung kerana tak pernah lagi ke Tangkuban Perahu iaitu tarikan utama wisata di sini.

menu sarapan di hotel ala kadar sahaja, tapi masih bersyukur dengan rezeki yang ada. nasi goreng bersama air kopi.

Breakfast at Cihampelas Hotel

TANGKUBAN PERAHU:


bersama Pak Ocheam. muda lagi kan?

dalam jam 8pagi kami dikenalkan dengan pak supir yang akan bersama kami selama 12jam hari tuh. Pak Ocheam. Baru berumur 31 tahun, masih muda, gantang lagi. lokasi pertama yang kami pergi sudah tentulah Tangkuban Perahu;

mmmmm

mengeluh panjang tuh. ehehe ada satu peristiwa yang berlaku time kat Tangkuban Perahu neh, haishhh dah nasib nak kena yea. nanti hujung sikit aku story details. kami sampai di sana sekitar jam 9pagi dan masih kurang pelancong lagi ketika itu, suhu sekitar masih sejuk, matahari masih malu-malu nak menunjukkan diri dan keluar jea dari kereta apa yang hangpa akan nampak dulu sudah tentulah penjual-penjual yang bakal mengerumuni hangpa nanti.

di sini kami di kenalkan kepada kawan Ocheam yang bernama Pak Rahmat, menurut Pak Rahmat dia adalah  pekeja yang bekerja di Tangkuban Perahu dan mempunyai pejabat disitu.ehem!. baik sangat Pak Rahmat neh, siap jadi private guide untuk kami berdua menerangkan sejarah Tangkuban Perahu. Pose aja di mana-mana, Pak Rahmat pasti ada untuk tolong kami ambil gambar.

sebenarnya aku sendiri rasa tak selesa bila Pak Rahmat asyik ikut kami dengan tujuan katanya sekadar untuk membantu mengambil gambar, diajaknya kami untuk cuba kelilingi kawah, dari tempat parking jauh kami berjalan hampir 20 minit menuju ke jalan denai yang lebih sunyi.

sambil berjalan tuh macam-macam cerita yang keluar termasuklah tentang sejenis pokok yang terdapat di kawasan situ. bagi yang pernah ke Tangkuban Perahu pasti penah tengok pokok ini, menurut Pak Rahmat, pokok ini merupakan pokok untuk awek muda bagi lelaki manakala bagi perempuan pula pokok ini baik untuk kesihatan dalaman terutamanya bagi yang baru lepas bersalin.

rasa pucuk neh masam-masam macam pucuk jambu batu

Pokok banyak guna.lupa nama.
kalau hangpa tengok betul-betul di bahagian dalam kawah tepi sikit tuh hangpa akan perasan ada alat pengesan gegaran yang dipasang disitu.Actually Tangkuban Perahu merupakan gunung berapi yang masih aktif ok. penurut Pak Rahmat  Tangkuban Perahu sedang tidur, masih belum bangun dari lena.

**masa entri neh ditaip, sempat aku google dan aku dapat tau 2hari lepas Tangkuban Perahu sudah menunjukkan tanda-tanda letusan, asap tebal mula keluar hingga menyebabkan ketebalan abu sekitar kawasan situ 3cm. kawasan wisata itu ditutup buat sementara waktu demi keselamatan semua.


Pak Rahmat Photography services. :P
tasbih mahal neh..wakakaka.


Pak Rahmat with best friend
jalan jalan jalan punyalah jalan dengan Pak Rahmat neh sampai lah ke kawasan yang sunyi; Pak Rahmat mula pasang ayat. Rupanya nak jual tasbih. mahal! tapi ntah kenapa sebab kesian wa tertipu! wa pon terbeli atas dasar kesian sebab dia dah jalan jauh untuk jadi private guide kitaorang. sedangkan bila aku kaji-kaji balik masa otw balik rupa-rupanya semuanya telah dirancang dengan baik oleh Pak Rahmat. No wonder lah sepanjang jalan ketika di sana Pak Rahmat dok ulang soalan yang sama " berapa kali ya udah ke sini?", we dengan muka baik tak boleh blah cakap lah ini kali pertama. huh memang masuk perangkap lah.

tips: never admit itu merupakan kali pertama kali hangpa kesitu kerana itu bakal bagi peluang hangpa di tipu oleh kaki scammer yang takde kesedaran diri.

Elok ja we beli 2 tasbih dengan harga rp300k,sampai jea kat tempat orang ramai terus Pak Rahmat hilang. cisss ciss cisss memang memang jelas lah niat busuk dia kat situ. hampir jam 11pagi suasana makin panas, orang makin ramai, inilah masa untuk penjual-penjual untuk mengaut untung. ke kiri ke kanan atas atau bawah memang hangpa akan diekori oleh penjual, ada baik tapi ramai yang suka memaksa. kalau tak nak beli, jangan layan. sekali hangpa layan, terus 10tahun ok tipu diikutnya hangpa sampai hangpa beli. sebagai contoh ada seorang pakcik penjual neh, kalau tengok dari jauh muka bukan main innocent jea okek, dia senyum so aku pon senyum kambing semula. di ikutnya aku sampai ke kereta dengan harapan aku membeli barang jualan dia. puas aku menolak dan puas jugak dia memaksa sampai ke tahap dimarah-marah pulak aku sebab tak membeli barangan yang dijual. speechless ok.

Nampak innocent giler kan pacek neh, adorable plak tuh. tapi sekali aku tak nak beli barang dijual, aku plak yang kena marah..

Cantik tak batu neh? nak beli tapi duit takde. 
selepas ke Tangkuban Perahu kami teruskan misi wisata yang seterusnya ke Ciater Hot Spring.