Tuesday, February 26, 2013

Trans Java 2013-Bandung Yogjakarta Surabaya- Part 1

flight aku dari KL-Bandung berlepas dari LCCT pada jam 6.40 pagi hari jumaat, so selepas habis kerja pada khamis tuh, terus aku ambik bas dari Kuala Rompin ke TBS. janjinya nak bertemu Arie kat situ, Arie plak bertolak dari Penang jam 8malam. Dalam jam 1.00 pagi Arie sampai and since dua-dua sampai lewat so plan nya nak ambil teksi je terus ke LCCT. Parking kereta memang we plan untuk parking di TBS sebab parking disini murah. 1hari RM3.00 sahaja..so untuk 8hari kami takde, parkingnya rm24.00 sahaja. harga neh kira murah lah kalau nak banding hang p parking kat LCCT. bagi yang nak parking lagi dekat, hangpa jugak boleh parking di Tune Hotel LCCT,harganya rm20 untuk sehari.

Drama 1:
di sinilah kami di sembelih oleh sorang pakcik teksi neh, konon ambil teksi bermeter ke LCCT ingat murah lah. sekali kena dari TBS-LCCT harga malam adalah RM200. choiii!!!! memang bengkek kot hati neh. patutlah masa sebelum naik aku dok tanya tambang berapa dia tak nak bagitau. so next time ingat! jangan sesekali ambil teksi TBS ke LCCT. 

Jam 4 pagi dah ramai gini

sampai LCCT, wah bukan main ramai gila lah umat manusia, gamaknya semua nak balik beraya kot. Tahun Baru Cina lah katakan, yang bersepah-sepah tidur kat lantai bukan main ramai lagi. Elok jam 6 pagi we terus masuk boarding hall. masuk flight wa terus layan mata. mengantok siak sepanjang malam tak tidur.

Sepatutnya dari airport, supir dari hotel akan ambil kami. elok-elok je touch down Bandung terus we beli kad sim untuk kegunaan ketika di sini. harganya rp50,000 bersama isi pulsa rp23,000. contact hotel suruh hantar supir fetch up kami dari airport.

bagi traveller macam aku yang lebih  banyak guna internet dari buat panggilan, so adalah lebih bijak seandainya beli kad neh terus letak pulsa rp60,000 dan kemudian aktifkan pelan internet. pelan internet 2gb untuk 30hari sememangnya sangat berbaloi dan lebih dari cukup. speed pon laju.

Drama 2:
2 jam 30 minit okek kami tunggu supir yang tak kunjung tiba. 3kali aku call hotel,depa dok kata supir otw. amboii jauh sangat ka?. last-last ada sorang pakcik yang kerja kat airport neh tolong. dia call sendiri ke hotel tuh untuk suruh supir ambil kami.
sedeyh tak muka wa menunggu pak supir yang tak kunjung tiba
we sampai hotel around 11pagi, check in then rehat-rehat jap. di Bandung we pilih hotel Cihampelas 2 kerana lokasinya yang agak strategik berada di jalan Cihampelas. harga untuk satu malam bagi bilik Deluxe include breakfast rp300,00. agak mahal sebenarnya sebab kat sana bila aku research balik Hotel Puma lebih berbaloi kerana harga bilik boleh dapat dalam harga rm74.00 dan lokasi hotel Puma lebih strategik jika nak dibandingkan dengan hotel Cihampelas. ok camneh, hotel Cihampelas neh kira hujung jalan Cihampelas, kawasan tak berapa nak meriah, kena jalan around 200meter turun bukit untuk ke tempat-tempat beli belah Cihampelas. sedangkan kalau Puma Hotel memang lokasi lebih strategik kerana berada betul-betul di kawasan hot spot shopping. 

Deluxe Room at Cihampelas 2
lepas dok bergolek-golek dalam bilik rehat, jam 1 lebih we keluar konon nak pusing Bandung nak tengok apa menariknya syurga shopping Bandung. mula-mula terus ke kaunter pertanyaan hotel tentang transport ke certai-certain place contohnya Pasar Baru. so bermulalah misi kami untuk explore Bandung dengan menggunakan Angkutan Kota. Angkutan neh lebih kurang macam van yang dijadikan bas. Gila bapak banyak la Angkutan kat Bandung neh. so dari hotel kami naik Angkutan Kota yang berwarna hijau untuk ke Pasar Baru dengan bayaran rp3000 sahaja. 

Di Pasar Baru, aku sekadar beli sepasang kain sembahyang untuk mak. jimat, jimat, jimat ada tujuh hari lagi kat Indonesia. Dari Pasar Baru kami berjalan selama 10 minit untuk ke Stasiun Kereta Api Bandung, tujuan kami ke stasiun adalah untuk ambil tiket kereta api ke Yogjakarta untuk malam esok. sebenarnya sebelum bertolak aku memang tak mau ambil risiko seandainya tiket keretapi habis, so dari Malaysia lagi aku dah memang beli tiket kereta api secara online di website persero

                                                  Stasiun Kereta Api Bandung
satu benda yang paling suka tentang Bandung ialah, hangpa takkan sesat kalau first time mai Bandung dan gunakan pengangkutan awam, sebab Angkutan Kota disini memang banyak, tiap 3 minit mesti ada Angkutan yang akan melalui depan hangpa, dia akan berhenti dan tanya hangpa nak p mana. just bagitau dia, kalau Angkutan tuh tak lalu jalan tuh, dia akan guide hangpa untuk naik Angkutan apa. cuma bila kat sini jangan malu untuk bertanya. HELLO, pergi mana pun kalau malu nak bertanya susahlah kan. bak kata tok nenek aku dulu: Malu Bertanya Sesat Jalan. 

sepanjang petang tuh merata tempat jugaklah kami pergi dengan menggunakan Angkutan Kota. Pasar Baru, Jalan Dago, Toko Tiga, Butik Telekomsil, Ciwalk, dan Stasiun Kereta Api. Suasana di Bandung selalunya macet (jem), jalan penuh dengan Angkutan, kereta, motor dan apa yang aku perasan ketika berada di sini ialah orang-orang sini suka menggunakan kereta jenama Toyota. merata-rata kereta Toyota neh ada. 

 tiga orang pon bisa pak...

bahagian dalam Angkutan Kota
Jeans at Toko Tiga
tarikan utama jalan Dago sudah tentu lah lambakan Factory Outlet di sini. sepanjang jalan ada jea FO. tapi dah memang-memang bukan tujuan kami untuk shopping nama pon backpacking kan, so pakat tahan nafsu sajalah. di jalan Dago juga terdapat banyak gerai makanan yang menarik, antara makanan yang sempat kami rasa ketika disini ialah Roti Bakar. fresh, lembut,sedap dan besar plak tu, roti yang telah siap di bakar tuh akan diletakkan di dalam kotak kasut ( kotak kecik yang comel ). make sure makan time panas-panas ok! sedap time panas.
Rotikus: Roti Kukus

Roti bakar dalam kotak kasut..ehehe

kalau berada di Indonesia, jangan pelik kalau ada yang datang dekat hangpa dan menyanyikan lagu cinta sambil main gitar.kalau di sini mereka digelar NGAMEN (Penyanyi Jalanan). menyanyi adalah salah satu cara depa mencari rezeki, so upahnya terpulang lah kepada hangpa untuk bagi berapa. rp1000, rp2000 terpulang pada keikhlasan masing-masing. sebab tuh lah sebelum bertolak ke sini, aku dah pesan kat Arie supaya tukaq duit rp1000 banyak sikit. duit rp1000 banyak guna kat sini, untuk Ngamen, untuk parking, untuk entrance, untuk toilet.

Ngamen Muda punya suara enak


habis pusing satu Bandung, jam 7 kami pulang ke hotel. perut rasa lapar, malam tuh keluar semula ke Ciwalk di jalan Cihampelas. jam 8 lebih disini banyak kedai dah mula nak tutup. last-last kami beli KFC jea kat mall berdekatan balik telan kat hotel. sedap ok KFC bandung nk compare dengan KFC malaysia yang macam tak cukup rempah tuh.

ZzZzZzZzZzzz.time to lena.




Saturday, February 23, 2013

Trans Java- Overview





asalamualaikum.

hampir seminggu aku balik Malaysia selepas menamatkan misi Tanah Jawa secara backpacking dengan suami aku. Alhamdulillah perjalanan selama lapan hari di tanah orang memang banyak memberikan pengalaman pahit manis ketika menjelajah bumi Indonesia tanpa mengambil apa-apa pakej tour dari Malaysia atau dari sana.

sebenarnya idea untuk berbackpack ini datang setelah aku membaca sebuah blog travel. dalam bulan November gitu, Air Asia buat sale. Aku punyalah pujuk Arie agar setuju dengan idea aku untuk berbackpack bersama. pada mulanya dia macam tak berminat and tak bersetuju. tapi selepas wa tune baik-baik, kasi ayat-ayat cinta sikit terus dia mintak aku buat tentatif dahulu. kemudian terus aku book tiket flight. time tuh cuma beli tiket balik dari Surabaya indonesia, tiket pergi tak beli lagi since harga mahal..ayooyooo dah pening, takkan nak cancel since tiket balik dah beli. tunggu lagi sale dari Air Asia, bila ada murah terus aku grab tiket pergi KL-Bandung pada tarikh 8/2/2013.


so kalau hangpa tengok map di atas..perjalanan merentas tanah jawa kami bermula dari Bandung, Kemudian turun ke Yogjakarta, seterusnya Bromo, Ijen dan akhir sekali berakhir di Surabaya. selesai book tiket tugas seterusnya sudah tentu lah nak rancang perjalanan dan rangka modal untuk misi ini. tugas tuh diserahkan sepenuhnya kepada aku, almaklumlah cuti sekolah cikgu takdak reja, asyik online ja sepanjang hari.

kalau nak tau, aku sendiri tak expect boleh buat semua neh, 8 hari beb di tempat orang. bagi yang memang kaki backpack for sure this trip easy peasy, tapi bagi aku yang baru nak bertatih dalam dunia backpack, ini merupakan pengalaman yang bermakna kerana trip kali neh banyak mengajar aku tentang tempat orang. memang mencabar, semua nak kena navigate sendiri. kat sana aku sampai demam 2 hari akibat perubahan cuaca mendadak Bandung dan Yogjakarta. Bandung sejuk, chill mungkin sebab hujan jea tiap petang. tapi bila sampai ke Yogja..mak aiii panas tahap nak mampus kot. tak tahan.






Tuesday, February 5, 2013

Overview Misi Tranjava 8-15 Februari


KUALA LUMPUR-BANDUNG-YOGJAKARTA-KAWAH IJEN-BROMO-SURABAYA

asalamualaikum.
less than 2 days aku dan suami akan berlepas ke tanah jawa.. misi backpacking kali ini adalah untuk merentas tanah jawa selama 8 hari dengan menggunakan bajet paling ciput. less than 1k. bermula dari bandung selama 2 hari mencari keindahan syurga membeli belah para wanita, seterusnya bergerak menaiki keretaapi ke Yogjakarta selama 3hari di sana. Di Yogjakarta misi kami adalah mencari Gunung Merapi, Candi Borobodur, Kuil Prambranam, dan lain-lain lagi. setelah puas di Yogjakarta kami bakal meneruskan perjalanan ke Kawah Ijen yang terletak di hujung tanah jawa. Misi jam 1pagi mencari blue fire. mampukah?
selepas seharian di Kawah Ijen seterusnya kami akan ke Bromo mencari keindahan matahari pagi! memanjat gunung berapi yang masih aktif. letih itu indah. lelah itu cantik. lagi susah lagi berbaloi. mampukah? dan diakhir perjalanan adalah di surabaya sebelum berangkat pulang ke bumi tercinta. doakan yang terbaik untuk kami di sana.