Thursday, January 10, 2013

Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang

Asalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua..
hujung disember 2012 lepas aku telah berkesempatan untuk melawat muzium sultan abu bakar yang terletak di pekan, pahang. Muzium ini dibuka semula kepada umum setelah 4 tahun baik pulih. Dengan mengenengahkan konsep "Taman Intelektual", muzium sultan abu bakar kelihatan lebih hidup dan lebih bernyawa.

Kali pertama berkunjung ke muzium ini, tahap kejakunan aku memang melepasi tahap dewa, apa yang boleh aku katakan tentang muzium neh ialah muzium neh memang interaktif. Siap dengan hd screen dan meja touch screen sememangnya boleh menarik minat golongan muda.

Muzium neh terbahagi kepada beberapa bahagian, di bangunan utama banyak mempamerkan artifak dan barangan dari istana sultan pahang. Di sini pengunjung boleh mengenali salahsilah kesultanan sultan pahang dan cara hidupnya. antara barangan yang dipamerkan dibahagian ini ialah pakaian golongan istana, barangan kemas dan lain lain lagi.

Antara barangan yang dipamerkan

Koleksi dari istana. Sukan raja-raja

Kaki gajah.hadiah kepada raja.terlupa dari siapa.

Duit lama

Terdapat beberapa lagi galleri yang pada hemat aku sangat menarik. Di galleri orang asli, terdapat scuptures menarik perhatian aku. Terdapat hd screen yang boleh hangpa touch untuk baca tentang sejarah orang asli dalam malaysia neh.

Menakutkan tapi menarik



Galeri fabric jugak menarik perhatian aku sebab kali pertama melangkah masuk, mata aku terus terfokus pada pakaian pakaian yang dipamerkan. Konsep tayangan baju dalam gelap memang menarik fokus kita cuma pada baju. Galleri ini bukan macam galleri biasa, bila hangpa masuk ja galleri neh, ampa akan berada dalam gelap. Menyelusuri laluan gelap sambil  menatap tiap baju dalam cermin tinggi memang memberikan kelainan kepada pengunjung. Di hujung galleri terdapat satu hd tv yang memaparkan cerita tentang Bernard Chandran yang mana aku sendiri tak tahu nak relate kaitan Bernard dan muzium tu. Bernard punya baju ka hat depa dok display dalam neh? Bernard neh pereka baju rasmi untuk istana pahang ka? Atau Bernard neh ada apa apa hubungan dengan golongan istana pahang. Ini semua menjadi tanda tanya sepanjang aku berada dalam galeri neh.


Encik suami nak jugak posing



Kalau hangpa masuk ke dalam muzium ini, hangpa akan tengok papan tanda dilarang menggunakan kamera untuk mengambil gambaq. Tapi kalau menggunakan handset, ipad, tab boleh plak untuk ambik gambaq. Neh antara konsep yang cukup aku tak paham bila berada dalam muzium neh.

Kemudian bagi artifak atau gambar yang menjadi display, memang jarang sangat hangpa jumpa note menerangkan tentang bahan tuh. Seriously bahagian neh memang patut tambah baik. Jadilah buta kayu macam aku yang reti tengok barang display ja tapi taktau apa. Hangpa sekadar tengok benda tu tapi haram tak paham or tak tau apa apa sejarah tentang benda tuh. Put a short notes pls explaining about the display items.

Dibuka :
Selasa-khamis, sabtu dan ahad - 9.00pagi sehinggan jam 5.00ptg
Jumaat-9.00pg hingga 12.00tgahari dan jam 2.00ptg sehingga jam 5.00ptg.
Isnin-tutup.

Bayaran masuk :

Rm5 bagi pengunjung luar pahang
Rm4 bagi pengunjung dari kawasan pahang
Percuma bagi pelajar sekolah dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah.

wordless thursday


Saturday, January 5, 2013

Singapore-USS trip and tricks

asalamualaikum,

aku nak cerita tentang pengalaman aku sewaktu pergi ke Universal Studio Singapore pada awal bulan November lepas, kiranya neh plan last minit aku dengan laki aku,10 minit bincang then terus beli tiket USS secara online seminggu sebelum berlepas. sebenarnya ramai yang tak tahu nak ke Singapore senang jea if kita amik shuttle bus dari Danga Bay Johor.


Tune Hotel.simple.bersih.
Penginapan:
semasa di Johor aku pilih untuk stay Tune Hotel di Danga Bay. satu sebab murah and satu lagi sebab Tune Hotel menawarkan beli tiket shuttle bus untuk ke USS. maksudnya kalau hang nak p sana, hang boleh book melalui Tune Hotel jugakla untuk perkhidmatan shuttle bus neh, dan lagi satu harga shuttle bus adalah rm25.00 sahaja jika hangpa menginap di sini jika nak banding kalau hangpa beli terus dekat company shuttle bus harganya adalah rm30.00...haa jimat la lima ringgit.

 masa aku book bilik kat Tune Hotel neh, kira last minit dah, harga pon memang boleh tahan lah tapi still pada aku affordable. untuk 3 hari 2 malam di Tune aku dapat harga bilik rm140.00 sahaja sedangkan kalau hangpa book sebagai contoh 4 bulan awal mungkin harga dia takkan mencecah pon seratus. Tune sememangnya hotel untuk orang yang jenis tak lepak dalam bilik hotel sepanjang hari, sebab kemudahan asas dia memang betul-betul asas. masa book hotel tuh hangpa boleh pilih keperluan yang hangpa mau sebagai contoh kain tola ka, aircond ka, tv ka, semua mempunyai harga yang boleh di add-on. tapi kalau stail aku stay tune memang aku exclude semua sebab aku tau memang bukan jenis aku nak lepak bilik hotel sepanjang hari. lagi satu yang membuatkan aku suka Tune neh adalah sebab bilik yang bersih dan simple.

Tiket bas okek...dapat harga rm25 kalau menginap di Tune
Tiket entrance USS dan tiket shuttle bus:
untuk tiket entrance uss hangpa boleh beli direct kat kaunter kat sana ataupon hangpa boleh beli secara online sahaja di website Resort World Sentosa , harga yang kami dapat time tuh adalah rm150 duit malaysia kerana waktu tuh ada promotion pembelian dengan menggunakan Mastercard dapat less 24%. ok lah beb jimat dengan rm40 tau. manakala untuk tiket shuttle bus hangpa boleh beli kat kaunter Odyssey di bawah hotel Tune Danga Bay. Harga tiket shuttle bas adalah rm30 sahaja. untuk tiket shuttle bas adalah lebih baik book awal especially yang pergi time cuti sekolah untuk elakkan masalah tiket bas sold out.

tolong jangan hilangkan or buang borang putih neh, or else akan tersadai lama kat imegresen singapore nanti..

Urusan Border Malaysia-Singapore:
setelah hangpa naik bas, bas akan bawak hangpa ke imegresen di border Malaysia dulu, so urusan kat sini memang hangpa kena laju, sebab bagi warga Malaysia kita cuma perlu scan passport and jari sahaja..tak sampai 5 minit dah siap..bagi yang first time pergi dan agak blur dengan flow kat border, tipsnya ialah aim lah sape2 dari bas yang sama yang hangpa nampak macam bijak tau semua, so hangpa just follow ja apa yang dia buat...bila dah siap scan semua terus ke terminal A sebab bas yang hangpa naik tadi akan tunggu di sana..

untuk imegresen di border Singapore pulak aku rasa agak renyah sikit sebab yang neh akan take time sikit bila ramai orang, pastu kena beratur untuk cop passport. nasib hampir malang jugak untuk aku hari tu sebab beratur dengan lane makcik imegresen sorang neh yang banyak bertanya. macam-macam dia tanya sebelum cop passport aku tuh..hampir-hampir ditinggalkan bas lah. sebelum hangpa naik bas tadi hangpa akan isi satu borang warna putih kan? pls pls pls jangan hilangkan atau buang sebab waktu balik nanti hangpa akan guna kat imegresen. kalau hilang jawabnya lamalah hangpa kat imegresen.

Universal Studio Singapore:
ok perjalanan dari JB ke Sentosa Island tak lah lama sangat, dalam jam 9.45pagi hangpa dah sampai kat stesen bas underground Sentosa Island.  Sila ingat tempat bas hangpa parking!. so bila dah sampai USS tunggu apa lagi, P la enjoy..tips bila sampai USS neh sila lah terus aim ke Transformer Ride sebab awal-awal pagi takde orang lagi, so terus boleh masuk tak payah beratur lama-lama. masa aku g sana hari tu dekat 3 kali jugak lah aku cuba benda alah neh. terbaik!.

tips di USS:


1. Go for Transformer Ride first.

2. jangan lupa bawak baju hujan in case hujan tetiba and lagi satu boleh guna time hangpa masuk show water world nanti.
3. bawak botol minuman. boleh refill air kosong or air panas secara percuma kalau dahaga. diluar setiap toilet wajib ada tempat minum air yang pancut-pancut tuh.
4. pakailah kasut yang selesa yea.high heel? hello nak main kat theme park perlu ke kasut tinggi..
5. pls pls pls once hangpa dah dalam USS neh kalau time makan ka, time beli cenderamata ka, tolong lah jangan dok convert dok kira-kira nilai barang dalam harga kita. sakit hati weyh.. beli t-shirt nampak macam murah SD26, bila convert ke RM aduhhh semput...
6. dekat USS ada banyak tempat makan yang halal, so jangan risau takut kebuloq tak makan plak. untuk senarai tempat makan halal hangpa boleh rujuk maps yang akan diberikan masa hangpa masuk entrance USS.
7. try semua permainan!wajib ok.
8. yang penting kat sini hangpa kena ENJOY.rugi kot datang jejauh tapi tak enjoy sekadar nengok jea orang lain main, hang tak mau main buat pa mai...dala bayaq mahai2.


apalagi, jum layan gambaq!

tengok! dah siap berlindung2 dalam baju hujan risau kena tembak dengan water gun.


antara persembahan yang menarik yang dipertontonkan di Waterworld.


konon busy tanda xtxt yang dh selesai buat.



kat far far away castle dalam misi menyelamatkan cik kak puteri kita..

posing jap depan pintu rumah, kunci tertinggal dalam rumah







tips: jam 5 akan diadakan perarakan penutup yang mana semua mascot akan keluar berarak, so sini adalah spot terbaik untuk tengok show neh sebab semua mascot tuh nanti akan stop depan neh kejap untuk lambai2 kat penonton. 



masa pergi hari tuh, Space Chase masih belum bukak untuk orang ramai, maybe now dh bukak kot


perut saya dan perut shrek yang tak banyak beza..lol




ada banyak lagi gambar tapi kalau di upload semua takut berat plak nanti...so before close entri neh meh kita kira budget untuk trip kali neh:

Tune hotel untuk 3 hari 2 malam: rm140/2 = rm 70.00
Tiket shuttle bus                                       = rm 25.00
Tiket USS                                               = rm 150.00

TOTAL/HEAD                                       = RM245.00

adios! next entri nak story tentang trip 6hari 5malam kat Sabah plak.